Wednesday, March 2, 2011

USIM : Memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan.


Pengenalan


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia). Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.

Kini USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:

  • Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS)
  • Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP)
  • Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU)
  • Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM)
  • Fakulti Sains & Teknologi (FST)
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  • Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
  • Fakulti Pergigian (FPg)

Selain itu, USIM juga memberikan tumpuan utama kepada pengajian peringkat siswazah. Adalah dirancangkan 40 peratus daripada enrolmen pelajarnya ialah calon-calon pascasiswazah. Ini bermakna selain daripada tanggungjawab mendidik, USIM juga menjadi institusi penyelidikan yang utama sebagai teras pengukuhan bidang pengajiannya.

Kenapa Memilih USIM?



  • USIM adalah sebuah IPTA yang unik, menawarkan program pengajian (double major) dalam pelbagai bidang
  • USIM adalah satu-satunya IPTA yang menawarkan semua program pengajiannya berteraskan pendidikan Islam (usaha pengembalian zaman kegemilangan ilmuan Islam).
  • Program pengajiannya diolah untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan pelbagai industri, luas ilmu dan pengetahuan, menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris, serta mantap dengan ciri-ciri kemahiran insaniah.
  • Tenaga pengajar USIM menggabungkan tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa, yang mempunyai kelayakan dan pengalaman luas, pakar dan terkenal dalam bidang masing-masing.


KemudahanCetakEmel
Dengar

DEWAN KULIAH

DEWAN PEPERIKSAAN

MAKMAL SAINS
MAHKAMAH MOOT

PERPUSTAKAAN

BANGUNAN FAKULTI

BANGUNAN FAKULTI
PUSAT KESIHATAN

MAKMAL KAUNSELING

MAKMAL KAUNSELING

STUDIO RADIO

MAKMAL FOOD BIOTECHNOLOGY

PERKHIDMATAN WIRELESS DI SELURUH KAMPUS

MAKMAL KOMPUTER

RIADAH

PUSAT KHIDMAT SETEMPAT

KEMUDAHAN PENERBITAN

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

KOLEJ KEDIAMAN

KOLEJ KEDIAMAN

PAVILION & TREK SINTETIK

GIMNASIUM

KEMUDAHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KEMUDAHAN AKTIVITI KO-KURIKULUM

KEDAI SERBANEKA

KAFETERIA

KAFETERIA
Lokasi Kampus


KAMPUS TETAP, BANDAR BARU NILAI
71800, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia


Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas


KAMPUS PANDAN INDAH
Menara B , Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia


Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Program Tahmidi



Program Tamhidi (Matrikulasi, Asasi atau Pra-Universiti) adalah bertujuan untuk menyediakan para pelajar bagi kemasukan ke tahun pertama pelbagai program Ijazah Sarjana Muda USIM. Program ini adalah untuk menepati misi, visi, wawasan dan objektif penubuhan USIM yang ada, iaitu menerusi penekanan kepada aspek pemartabatan Pendidikan Islam, membina kesepaduan antara teori dan amali, melahirkan ilmuan Islam dan juga mengembalikan tradisi keilmuan Islam bersesuaian dengan persekitran teknologi terkini.


Program Yang Ditawarkan:


A. Tamhidi Perubatan

Program perintis ini telah bermula pada Jun 2004 untuk menyediakan tempat kepada para pelajar lepasan SPM bagi kemasukan ke program Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri. Hanya para pelajar yang lulus dengan baik sahaja dalam program ini akan diserapkan ke program Ijazah itu.


B. Tamhidi Sains dan Teknologi

Program ini telah bermula pada Julai 2005 untuk menyediakan tempat kepada para pelajar lepasan SPM bagi kemasukan ke pelbagai program Sarjana Muda di Fakulti Sains dan Teknologi dalam program berikut:

  • Bioteknologi Makanan
  • Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko
  • Keselamatan dan Jaminan Maklumat
  • Matematik Kewangan


C. Tamhidi Syariah dan Undang-Undang

Program ini telah bermula pada Julai 2005 untuk menyediakan tempat kepada para pelajar lepasan SPM bagi kemasukan ke program Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di Fakulti Syariah dan Undang-Undang mengikuti:

  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang

D. Tamhidi Perakaunan dan Muamalat

Program ini telah bermula pada Julai 2006 untuk menyediakan para pelajar Lepasan SPM bagi kemasukan ke program yand ditawarkan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat:

  • Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian; dan
  • Sarjana Muda Pertadbiran Muamalat Dengan Kepujian

E. Tamhidi Pergigian

Program ini telah bermula pada Julai 2006 untuk menyediakan tempat kepada para pelajar lepasan SPM bagi kemasukan ke program professional:

  • Sarjana Muda Pembedahan Pergigian

Hanya para pelajar yang lulus dengan baik sahaja dalam program ini akan diserapkan ke program Ijazah itu.

Kemudahan

Kemudahan yang disediakan :

  • Perpustakaan
  • Makmal Sains
  • Makmal komputer berinternet
  • Bilik kuliah
  • Asrama
  • Kemudahan sukan

*Semua maklumat tertakluk pada perubahan terakhir.

Ingin mengetahui mengenai USIM layarilah http://www.usim.edu.my









No comments:

Post a Comment

Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook