Thursday, March 31, 2011

Important Dates !!!




  • 11.4.2011 KPLSPM Online Checking for Interview
  • 8.4.2011 JPA Interview checking status
  • 12.4.2011-14.4.2011 JPA Interview
  • 18.4.2011-29.4.2011 KPLSPM Interview
  • 28.4.2011 Matriculation online checking result
  • First week of May IPTA online checking result
  • 9.5.2011 STPM Intake
  • 21.5.2011 KPLSPM online checking result
  • 23.5.2011 Matriculation Intake
  • 1.6.2011 IPTA Intake
  • 20.6.2011 KPLSPM Intake



Sila Mesej Kepada Kawan-kawan yang lain~~


By : Muzakkir Mukhatafil

Tuesday, March 29, 2011

PENGIRAAN MARKAH KOKURIKULUM


Unit ape?
apa jwtn kt unit ?
penglibatan ?
pencapaian ?

 ok mcm nie...TERBAHAGI 4 BAHAGIAN 

Asas
  a.  Kehadiran  -  50 %
  b.  Jawatan yang disandang  -  10 %
  c.  Penglibatan  -  20 %
  d.  Pencapaian  -  20 %

  Bonus(bonus nie ko ade jawatan kt sk:cnth: ketua pgwas)  -   10 %

  1. KEHADIRAN...KALAU BETUL KORG HADIR SEMUA PROGRAM UNIT KO,SEMUA MARKAH KEHADIRAN 50 MARKAH..
  2. JAWATAN ...TGK LE KT UNIT/KELAB TUH ADE ke JAWATAN...ini markahnyeee
    Markah bg Badan Uniform
    markah bg kelab dan rumah sukan
  3. Penglibatan korang dlm kelab/ unit tersebut...ini markahnya..
    Penglibatan
  4. Pencapaian...korg 
    pencapaian
  5. bOnus
    jawatan dlm sk !~!

CONTOH !! Kawan aku nyerr

UNIT : PBSM (Badan Uniform)
kehadiran : 50
jawatan : SETIUSAHA : 7
penglibatan : negeri - pertandingan kawat PBSM : 17
pencapaian :0

UNIT : Persatuan/kelab BM (Kelab)
kehadiran : 50
jawatan : Pengerusi :10
penglibatan : negeri -prkampungan penulis muda : 14
pencapaian :0

UNIT : Pingpong (sukan)
kehadiran : 50
jawatan : biasa : 1
penglibatan : 0
pencapaian :tiada :0

Ambil purata ; 2 yg tertinggi
PBSM :71
KELAB BM : 74

bonus : ketua pengawas ict : 7

markah koku tingkatan 5 , GPA : 7 + (71 +74)/2
                                                         = 7+72.5
                                                         = 79.5
80.00 laaa tuhhh
Gred : A

Permohonan Ke Darul Quran

Sedang mengisi BORANG DQ di hadapan Pengetua

Jumaat: Seramai 7 orang pelajar QG93 telah berjaya menghantar borang permohonan ke Darul Quran.Majoriti di antara mereka ialah berasal dari Daerah Alor Gajah.Mungkin selepas ini ada permohonan dihantar secara individu.Semoga permohonan mereka diterima.




Friday, March 25, 2011

QG93 Cemerlang !!!


Ucapan tahniah kepada Ahli QG93 yang berjaya mencapai keputusan yang Cemerlang dalam SPM 2010.Bagi yang kurang berjaya JANGAN BERHENTIKAN pelajaran anda kerana lebih baik menyambungkan pelajaran daripada terus bekerja.

Seramai ...
2 pelajar mendapat 8A,
3 pelajar mendapat 7A,
2 pelajar mendapat 6A,
5 pelajar mendapat 5A.
29 pelajar yang lain mendapat 1 hingga 4 A.

Rentetan daripada kejayaan ini.SMTAQ telah mendapat 3 sijil daripada JPN serta menaikkan peratus Lulus .Selain itu peratus pelajar yang berjaya memperolehi A dalam Bahasa Melayu meningkat sebanyak 30 orang dan selebihnya B.Begitu juga dengan subjek Sains.


Matapelajaran BM,BI,BA,PQS,SY,EKON telah mendapat peratusan lulus 100%.Ini telah meletakkan SMTAQ di tempat PERTAMA bagi Sekolah-sekolah SABK.Cuma 2 orang sahaja yg tidak mendapat sebarang A.

 Konvoi beramai-ramai dari Masjid Asyuju'ah,Merlimau.
Ustazah-Ustazah

Sedang Menunggu keputusan


Pelajar 8 A
pelajar 8 A

Isi borang Alumni SMTAQ

Ibu bapa pelajar dan Guru


Mendapat Fail Sijil

Menunggu pengesahan

Keputusan diraih dgn perasaan gembira mahupun ada sesetengahnya yg nerasa sedih


Doakan SEMUA ahli QG93 dapat selangkah ke Universiti....

Tuesday, March 22, 2011

Semakan Secara SMS Keputusan SPM 2010


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) akan diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 ini.
Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.
Peperiksaan bertulis SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon telah menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 boleh diperolehi daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi 23 Mac 2011 ini. Manakala calon persendirian akan menerimanya melalui pos.

Semakan SPM Secara SMS

Mulai tahun ini SPM 2010 boleh disemak melalui sms. Semakan SMS keputusan SPM 2010 boleh dibuat bermula dari jam 10:00 pagi 23 Mac 2011 sehingga jam 12 tengahmalam 30 Mac 2011.

Format Semakan SMS

Cara untuk membuat semakan adalah dengan menaip SPM SEMAK [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888.
Contoh: SPM SEMAK 931003045567 MCO19A17 sms ke 15888.

Nota Penting !!!

Selepas membuat semakan bolehlah terus membuat permohonan atau mengemaskini permohonan untuk melanjutkan pelajaran. Di antaranya:

Monday, March 21, 2011

Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2011 Lepasan SPM 2010

Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2011.
Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Syarat Khusus

JPA

    Permohonan
    Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.

    Tarikh tutup permohonan 
    7 hari selepas permohonan dibuka.

    Calon hendaklah membaca dan memahami 
    kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan 
    dan cara memohon sebelum membuat permohonan.  Maklumat lanjut mengenai 
    program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara  memohon boleh 
    diperoleh dengan melayari laman web:
    a. http://esilav2.jpa.gov.my bagi permohonan tajaan JPA; dan
    b. http://www.mara.gov.my bagi permohonan tajaan MARA.

     Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan 
    melalui  laman web http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui keputusan 

    Temuduga
    Panggilan temuduga JPA pada 8 April 2011. Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 12 hingga  15 April 2011. Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk:
    a. membawa  Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang 
    telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan; dan 
    b. menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan 
    melalui aplikasi atas talian  (on-line application) melalui laman web 
    http://esilav2.jpa.gov.my mulai 8 April 2011 sehingga 16 April 2011.

     Pelajar yang  berjaya ditawarkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang 
    perubatan di bawah tajaan JPA diwajibkan untuk mengikuti Program 
    Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih 
    di seluruh negara yang akan diadakan selama 3 hari mulai 10 – 12 Mei 2011.

    Pelajar-pelajar yang memohon  tajaan MARA boleh menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.mara.gov.my:Keputusan panggilan dan maklumat temu duga MARA :  14 April 2011
    Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541 dan 03-8885 3453. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.
    Pertanyaan mengenai  masalah teknikal  semasa  menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8316 4422, 03-8316 4443, 03-8885 4435 dan 03-8316 4444.
     Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam  8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai  8 April 2011 sehingga 16 April 2011.11.Pertanyaan mengenai  program tajaan JPA  boleh dibuat dengan menghubungi talian  03-8885 3704 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam  8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2011@jpa.gov.my.
    Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian  03-2693 6666, 03-2694 6622, 03-2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petangatau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.
    Calon-calon hendaklah sentiasa melayari  laman web http://esilav2.jpa.gov.my dan laman web  http://www.mara.gov.my dari  semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2011.





    Rabu:23 Mac:Hadir Pada 10.30 Pagi


     Caunselor SMTAQ memaklumkan kepada Saudara Muhammad Firdaus bahawa semua ahli QG93 dapat menghadirkan diri ke SMTAQ untuk mengambil keputusan SPM 2010 pada pukul 10.30 pagi hari rabu 23 Mac ,waktu Malaysia.Semua yang hadir diharapkan hadir memakai pakaian kemeja,songkok dan kasut hitam.

    Friday, March 11, 2011

    KEPUTUSAN SPM 2010


    KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23.
    Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud confirmed the date yesterday with the News Straits Times.

    Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide.


    There has been much speculation on various online channels such as blogs and social networking sites about the date the results will be released.



    Read more: SPM results out on March 23

    SUMBER

    Wednesday, March 9, 2011

    Senarai Biasiswa Malaysia


    Permohonan adalah di buka kepada anda untuk memohon Biasiswa di Malaysia bagi sesi pengajian 2011. Berikut adalah senarai Biasiswa yang ditawarkan kepada anda oleh badan-badan yang berkaitan dan Syarikat-Syarikat berkaitan. Sila klik pada link yang diberikan untuk maklumat lanjut.

    1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

    Biasiswa JPA ini boleh dimohon dalam masa 7 hari selepas result SPM diumumkan. Untuk JPA dan MARA, anda hanya boleh mohon salah satu sahaja dalam website eSILA. Biasiswa JPA 60% untuk bumiputera dan 40% untuk bukan bumiputera. Masa zaman saya dulu, interview JPA menggunakan dwibahasa.

    Anda akan dapat 1 tajuk untuk dibincangkan dalam kumpulan selama 30 minit. Bahasa Melayu (15 minit) dan bahasa Inggeris (15 minit). Mungkin formatnya berubah, tapi saya pun tak berapa pasti. JPA menawarkan 1800++ tempat setiap tahun.

    Untuk tips-tips temuduga JPA, sila klik di sini.

    2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

    Nak mohon biasiswa MARA pun guna website yang sama untuk mohon JPA. MARA hanya untuk pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera sahaja. Interview MARA tak sama macam JPA. JPA interview secara berkumpulan manakala MARA interview secara individu, face to face dengan 2 orang penemuduga.

    Ada course tertentu hanya ditawarkan oleh JPA seperti Farmasi. Tapi jangan bimbang, course-course lain seperti Medicine, Biotechnology, Engineering, Accounting dan sebagainya ditawarkan oleh JPA dan MARA. Cuma kadang-kadang konfius juga sama ada nak JPA atau MARA.

    Katakanlah anda dapat 6A1 4A2 atau 7A1 3A2 tapi anda nak apply course Medicine. Saya syorkan anda pilih MARA sebab dengan result yang anda dapat, susah untuk dapat JPA melainkan result anda 9A1 1A2 atau 10A1. Sama juga untuk course-course lain.

    JPA dan MARA dua-dua ada kelebihan.

    • Peluang nak dapat MARA lagi tinggi berbanding JPA kerana JPA kena compete dengan semua orang tak kira Melayu, Cina atau India.
    • Kalau anda dapat JPA, anda memang dapat biasiswa walaupun keputusan tak cemerlang mana pun time degree. Kalau MARA, ada portion yang anda kena bayar kalau result tak cemerlang. Ini dinamakan biasiswa boleh ubah.
    • JPA anda terikat beberapa tahun dalam sektor kerajaan. Biasanya 6 tahun kecuali doktor terikat selama 10 tahun. MARA, anda bebas untuk bekerja di mana-mana sahaja even di luar negara sekalipun.
    • Jika anda memohon course Medicine, JPA biasanya menawarkan program twinning iaitu 3 tahun di Malaysia dan 3 tahun di luar negara. Kalau MARA pula, 5 atau 6 tahun di luar negara. Kalau saya, saya akan mohon MARA.

    3. Petronas

    Petronas ada tawarkan biasiswa untuk belajar di UTP atau di luar negara. Apabila dapat tawaran temuduga, anda harus mengikuti educamp selama 2 hari di UTP, Tronoh, Perak. Sepanjang 2 hari berkampung di UTP, anda akan menduduki English test (Grammar) di samping Science and Math test untuk jurusan-jurusan Sains (Engineering, Geology, Geophysics) dan Math test untuk jurusan-jurusan Business (Accounting, Economic, Finance).

    Ada juga personality test untuk menguji kesesuaian anda dengan course yang anda mohon. Hari kedua, interview dalam kumpulan seramai 5 orang dan anda diminta untuk menyelesaikan satu permasalahan. Setiap orang diberi peranan berbeza dan kena bentang serta tegakkan hujah masing-masing. Interview Petronas sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

    Masa zaman saya, Petronas ada berpakat dengan JPA rasanya. Sesiapa yang dapat JPA tak akan dapat Petronas dan sebaliknya. Tapi siapa yang dapat MARA boleh dapat Petronas.

    Untuk biasiswa Petronas, boleh mohon di sini.

    4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

    Sesiapa yang berminat nak jadi cikgu tapi nak ke luar negara, bolehlah apply biasiswa KPM. Setakat pengetahuan saya, kesemua pemegang biasiswa KPM dihantar ke UK. Bolehlah nanti tengok Man U lawan dekat Old Trafford.

    Menurut rakan-rakan saya, anda akan buat degree di UK selama 3 tahun dan balik Malaysia untuk buat program pendidikan selama 1 tahun. Syarat untuk fly ke UK, mestilah mendapat 10 mata ke atas dalam peperiksaan A Level.

    Saya pernah terbaca satu syarat untuk memohon biasiswa KPM ni iaitu tidak boleh menerima apa-apa tawaran lain. Tapi saya perjelaskan di sini, anda mohon saja. Tak semestinya anda mohon KPM, peluang anda untuk dapat JPA terus tertutup.

    5. FELDA

    Biasiswa FELDA terbahagi kepada dua iaitu untuk anak-anak FELDA sahaja dan juga anak-anak selain FELDA. So sesiapa pun boleh mohon kalau terasa nak mohon. Semua course boleh dimohon. Borang permohonan boleh download di website Felda Holdings nanti. Tapi bukan sekarang, sekarang tak keluar lagi.


    6. Yayasan TNB

    7. Yayasan TM

    8. Yayasan Khazanah

    9. Yayasan UEM

    10. Sime Darby – untuk trial SPM sahaja

    11. Bank Negara Malaysia (BNM)

    12. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

    Sila cek website-website untuk semua biasiswa ini selepas keputusan SPM dah diumumkan. Saya nasihatkan anda semua supaya rajin-rajinkan diri untuk membaca newspaper terutamanya Berita Harian dan Utusan Malaysia supaya tak terlepas iklan-iklan biasiswa itu nanti sebab kebanyakan iklan tersebut hanya disiarkan di surat khabar.

    Ada juga yayasan atau kerajaan negeri yang menawarkan biasiswa seperti Yayasan Terengganu dan Kerajaan Negeri Sabah. Jadi, anak-anak Terengganu dan Sabah bolehlah mohon dengan syarat tidak mendapat apa-apa tawaran biasiswa lain.

    >>>> KOLEKSI BIASISWA MALAYSIA <<<<
    1. Biasiswa KPM Kementerian Pelajaran Malaysia - khusus buat penuntut jurusan pendidikan di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
    2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat MARA - khas buat penuntut bumiputera.
    3. Biasiswa JPA - Bagi Pengajian Diploma dan Ijazah dalam negara.
    4. Biasiswa JPA bagi Pengajian Luar Negara -
    5. Biasiswa/Dermasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
    6. Biasiswa Bank Rakyat
    7. Biasiswa Bank Negara
    8. Biasiswa Bank Negara bagi Pengajian Perbankan Islam
    9. Biasiswa Yayasan Proton
    10. Biasiswa Sime Darby
    11. Biasiswa Petronas / Petronas Scholarships Program - Tarikh tutup Mac 2011
    12. Biasiswa Maybank
    13. Biasiswa Felda
    14. Biasiswa Negeri Sabah
    15. Biasiswa Negeri Sembilan
    16. Biasiswa Negeri Pahang
    17. Biasiswa Negeri Johor
    18. Biasiswa Negeri Perlis
    19. Biasiswa Negeri Terengganu
    20. Biasiswa Yayasan Melaka
    21. Biasiswa Yayasan Sarawak
    22. Biasiswa Yayasan Perak
    23. Biasiswa Yayasan Kelantan
    24. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
    25. Biasiswa / Pinjaman TNB
    26. Biasiswa / Pinjaman KWSP - rujuk pada "Membiayai Pendidikan"
    BIASISWA OLEH KERAJAAN



    1. Assunta Hospital Scholarship
    2. Astro Scholarships Award
    3. British American Tobacco BAT Malaysia Foundation Scholarship
    4. CCM Scholarships
    5. Employees Provident Fund (EPF) Education Withdrawal Scheme
    6. Fujitsu Asia Pacific Scholarship
    7. Gamuda Scholarship Awards
    8. GIC Global Scholarship
    9. Great Eastern Supremacy Local Scholarship
    10. Great Eastern Supremacy Scholarship
    11. Great eastern Supremacy Regional Scholarship
    12. IJM Corporation Berhad Scholarships
    13. JAL Scholarship Program
    14.
    Jardine Scholarship
    15. Khazanah Scholarship Awards
    16.
    LITRAK Scholarships
    17. Master Builders Association Malaysia Education Fund
    18. Manulife Scholarships
    19. Maxis Scholarship For Excellence
    20. Micron Scholarship
    21 MNRB Scholarship Fund 2007
    22. M S Scholarship
    23. Mudajaya Scholarship Awards
    24. NST - MAPCU Scholarship
    25. Petronas Education Scholarship
    26. Powertek Berhad Scholarship
    27. Premerite Scholarship
    28. Putrajaya Perdana Scholarship Awards
    29 Real Rewards Scholarship
    30. Road Builder Group Scholarship
    31. Rohas-Euco Education Fund
    32 Securities Commission Malaysia Scholarship
    33. Shell-Curtin Scholarship
    34. Shell Malaysia Downstream Scholarship
    35. Shell Malaysia Exploration Scholarship
    36. Tanjong Scholarship Awards
    37. The Star Education Fund Scholarship Awards 2007
    38. Top Glove Scholarship
    39. Yayasan KLK Scholarship
    40. Yayasan Proton Scholarship
    41. Yayasan Sime Darby Scholarships
    42. Yayasan Telekom Malaysia Scholarship
    43. YTL Power Scholarship
    44. Intel Malaysia Scholarship
    45. JAL Scholarship Programme 2007
    46. UEM Group Scholarships
    47. VisDynamics Holdings Berhad Scholarship
    48. Shell Malaysia Scholarship 2008
    49. Yayasan Khazanah Global Scholarship 2008
    50. Shell Malaysia Scholarship 2009

    LAIN-LAIN BIASISWA

    1. ASEAN Scholarship 2007
    2. AMCHAM MACEE 2007 Scholarship
    3. GE Foundation Scholarship 2007
    4. Undergraduate Scholarship University of the Ozarks 2007
    5. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Chamber of Commerce and Industry College University Scholarship Fund
    6. Kuok Foundation Undergraduate Scholarship Award 2007
    7.
    Adelaide Sarawak Alumni Scholarship
    8. Asian Youth Fellowship for 2007
    9 Biasiswa Dan Pinjaman Tabling Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia
    10. Biasiswa Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
    11. Chevening Scholarship
    12. Dato’ Teh Ah Ba Scholarship
    13. Hubert H Humphrey Fellowship Program 2007 2008
    14. Malaysian Australian Alumni Council (MACC) scholarships
    15. National Science Scholarships
    16. Rotary International Ambassadorial Scholarship
    17. Singapore Institute of Management International Scholarship
    18. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
    19. Yayasan Sabah Scholarship
    20. Ng Bee Chai Foundation Scholarship
    21. Yayasan Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng Scholarship
    22. Maritime Institute of Malaysia Scholarships
    23. ASIA Fellows Awards
    24. Fulbright Malaysian Graduate Study and Research Scholarship
    25 Lions Club of Subang Jaya - FC Yap Scholarship 2008


    Permohonan sila baca terma dan syarat dengan teliti sebelum memohon biasiswa / pinjaman.

    Untuk maklumat lanjut layarilah laman ini >> sini


    Ayat-Ayat Al-Quran

    Warga Quranic Generation 93

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Temui kami di Facebook