Wednesday, December 16, 2009

Terima kasih kerana telah menjadi anak murid yang taat

Sepanjang perjalanan hidup cikgu di SMTAQ, cikgu telah dianugerahkan oleh Allah satu nikmat iaitu mendapat anak-anak murid yang taat dan mendengar kata. Sebagai seorang guru, itulah yang selalu dihajatkan disamping ingatan dan doa untuk kesejahteraan diri. Cikgu amat berbangga anak-anak murid cikgu masih ingat istilah berdikari dan bersungguh-sungguh. "walau sejuta batu cikgu pergi, kalian semua tetap dalam hati cikgu"....
Gurumu bapamu jua...Cikgu Wahab Alor Setar, Kedah

Saturday, December 12, 2009

Ucapan dari muridmu yg tersayang

Assalamualaikum kepada semua ahli QG dan tidak lupa juga kepada guru kita yang disayangi iaitu Cikgu Abdul Wahab bin Abu Samah.Disini anak-anak mu ingin mengucapkan selamat berpindah dan mendoakan semoga cikgu sihat walafiat di sana nanti.Seperti yang kita tahu,cikgu sudah meninggalkan kita.Kita juga tahu bahawa cikgu telah meninggalkan sesuatu untuk kita iaitu sifat berdikari.Kita sebagai pelajar hendaklah memainkan peranan dalam pembelajaran.Selain itu,kita juga hendaklah menunjukkan bahawa kita boleh berdikari tanpa sebarang bantuan apapun.Oleh itu,rakan-rakan sekalian kita hendaklah menunjukkan bahawa kita boleh berjaya dengan usaha kita sendiri.Di samping itu,kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam pelajaran.Sebelum saya mengundur diri,saya wakil dari anak-anakmu yang tersayang ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih kepada cikgu atas usaha cikgu yang mengajar kami erti kehidupan yag sebenar.Semoga cikgu akan berbahagia di sana nanti.Kami di sini hanya boleh mendoakan keselamatan cikgu sahaja.Sekian......

Monday, November 16, 2009

HARI KELUARGA ASRAMA



Hari Keluarga Asrama telah diadakan pada 14 hingga 15 November lalu. pelbagai acara telah diadakan. Pihak QG juga telah berkesempatan untuk bergambar kenang-kenangan bersama-sama cikgu Abdul Wahab di Pantai Balik Batu, Tanjung Bidara. Semoga kenangan ini akan tetap tersemat di hati cikgu. Syukran.

MAJLIS KHATAM PERSATUAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA





Di bawah kelolaan Ustaz Mohd Jeffery Al Hafiz, Persatuan Seni Silat Sendeng ini telah berjaya hingga ke penamatnya pada hari ini. Satu majlis yang gilang gemilang telah diadakan. terdapat juga beberapa ahli QG yang telah turut serta dalam majlis ini. Antaranya ialah Muhammad Fikri Fainul Hisham, Muhammad Faridzuan Yunus, Nazirul Syahmi Azme dan Aiman Jafni Abd Razak. Semoga kekuatan mereka akan digunakan pada tempat yang betul. Amin.

MAJLIS KHATAM AL QURAN








Pada hari ini, sejarah berulang kembali, seramai 6 orang warga QG telahpun selamat menghafal 30 juzuk Al Quran. Antara mereka adalah Muhammad Alif Aziz, Muhammad Syafiq Azman, Muhammad Hafizuddin Daud, Muhammad Firdaus Salam, Muhammad Aminul Ariffin dan Umar Hamzah Suaibunaha. Mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam penghafalan Al Quran. Inilah satu perkara gembira yang telah ditunjukkan oleh ahli QG sebelum cikgu Abdul Wahab pergi meninggal sekolah ini. Semoga semangat dan daya juang mereka akan menjadi pedoman kepada ahli-ahli yang lain. Semoga Allah menjadikan mereka sebagai pejuang Islam yang tulen. Allahu Akbar.

Friday, November 13, 2009

MAJLIS PENGKISAHAN SEMULA

Pada hari khamis yang akan datang ini, iaitu pada 19 November 2009, suatu majlis pengkisahan semula akan diadakan di dewan sekolah SMTAQ. Pada majlis tersebut, satu tayangan video berkenaan kisah QG sejak dari tingkatan 1 (tahun 2006) hingga tingkatan 4 (2009) akan diadakan. diharapkan semua ahli QG tidak menguzurkan diri menghadiri majlis tersebut.

HARI-HARI TERAKHIR SEORANG PEJUANG


Cikgu Abdul Wahab Abu Samah, guru penasihat QG akan meninggalkan sekolah ini (SMTAQ) dan kita semua pada 20 November ini. Beliau akan melaporkan diri ke sekolah barunya di Sekolah Menengah Kebangsaan Pokok Sena, Alor Setar, Kedah pada 1 Disember ini. Semoga pejuangan beliau dalam membentuk anak didik khususnya QG akan sentiasa dikenang. Walaupun beliau akan berpindah ke sekolah baharu, namum beliau berjanji akan menerajui QG sehingga semua matlamat dan objektifnya tercapai.

Friday, November 6, 2009

PARA HUFFAZ BERGAMBAR KENANGAN




Para huffaz yang terdiri daripada 6 orang ahli QG dan seorang pelajar tingkatan 5 telah bergambar kenang-kenangan sebelum mereka diiktiraf sebagai al hafiz minggu hadapan. Mereka yang akan menerima anugerah dalam program yang gilang-gemilang ini ialah Muhammad Firdaus Salam, Muhammad Alif Aziz, Muhammad Syafiq Azman, Umar Hamzah Suaibunaha, Aminul Ariffin Amin dan Muhammad Hafizuddin Daud. Tahniah diucapkan kepada mereka.

GURU-GURU QG MENGHADIRI KURSUS







Guru-guru yang mengajar tingkatan 4 (Quranic Generation) pada petang semalam telah menghadiri kursus dalaman (LDP). Kelihatan juga, Cikgu Sahrossam menyampaikan ceramah yang bertajuk pengurusan disiplin. Sebagaimana aktifnya guru-guru kami ketika berada di dalam kelas, begitu jugalah aktifnya mereka ketika menghadiri kursus tersebut. Tahniah!

Wednesday, November 4, 2009

CIKGU ADRINE, USTAZAH LAILA DAN CIKGU ZALIZAH DALAM KENANGAN




6 bulan yang lalu guru-guru ini masih bersama-sama kita di sekolah ini. Kini, hanya ingatan suara yang lemak merdu sahaja yang masih lagi tinggal dalam ingatan. Perpindahan guru tersebut ke sekolah yang baharu merupakan satu kehilangan yang sukar dicari ganti. Hanya tawa riang, dan usikan mesra mereka menjadi ingatan sepanjang masa. Terima kasih cikgu!!

Tuesday, November 3, 2009

LATIHAN SEPAK TAKRAW QG











Petang ini, dalam remang-remang lindungan awan mendung, sebilangan pelajar sedang asyik berlatih permainan sepak takraw atas bimbingan USTAZ MOHD NIDZAM OMAR AL HAFIZ. Sebagaimana yang selalu diingatkan, QG bukan sahaja perlu unggul dalam bidang akademik bahkan dalam bidang sukan dan aktiviti luar juga perlu diungguli. Keseimbangan semua unsur dalam pendidikan seharusnya menjadi keutamaan warga QG sebagaimana yang telah digariskan dalam objektif penubuhan QG sendiri. warga QG yang sedang menjalani latihan tersebut ialah Saudara Mohd Hairi, Saudara Yusuf Ahyead, Saudara Nizamudin dan Saudara Faridzuan Haris.

WARGA QG TENANG MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR
















Ketika kisah ini ditulis, pelajar warga QG sekalian sedang menghadapi peperiksaan mata pelajaran Sains kertas 2. Pelajar diperhatikan sentiasa mengamalkan amalan bersungguh-sungguh ketika menjawab kertas tersebut. Sebagaimana yang telah diingatkan kepada pelajar warga QG, mereka seharusnya menjadikan peperiksaan akhir tahun ini sebagai satu wahana menilai sejauh mana penguasaan mereka dalam pelajaran. Cikgu Abdul Wahab selalu mengingatkan bahawa, mereka perlu membuat penambahbaikan sekiranya terdapat bahagian yang lemah dan mengekalkan sebarang kekuatan dalam peperiksaan tersebut. Sebelum menjawab pada pagi tadi juga pelajar telah diingatkan tentang keperluan mata pelajaran sains yang kini menjadi salah satu syarat kemasukan ke Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebagaimana keperluan kepujian mata pelajaran Matematik Tambahan, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan mana-mana 2 mata pelajaran lain iaitu Prinsip Perakaunan dan Sains. Diharapkan dengan menduduki peperiksaan akhir tahun ini, pelajar dapat menguji diri sendiri.

BARISAN HUFFAZ QG











Kita bukan hanya mampu mengira pencapaian 72% dalam PMR tahun 2008, tetapi juga kita bisa tersenyum dengan bilangan Al-Hafiz seramai 4 orang. Bilangan ini dijangka akan bertambah menjadi 7 orang sebelum berakhir tahun ini dan 20 orang pada tahun hadapan. Warga QG sentiasa berharap, dengan adanya bilangan huffaz ini kegemilangan kita akan sentiasa menjadi sejarah dalam perjalanan sebuah institusi bernama Sekolah Menengah Tahfiz Al Quran Chenderah.

Sunday, November 1, 2009

MENGIMBAU PERLAWANAN PERSAHABATAN


Setahun sudah berlalu perlawanan persahabatan antara QG dan pelajar SMK Tun Perak. Perlawanan tersebut diadakan sebagai salah satu aktiviti selepas PMR 2008. Perlawanan tersebut telah diadakan di padang SMK Tun Perak. Diharapkan kita bukan sahaja dapat berlawan di Padang tetapi juga dalam bidang pelajaran. Semangat ingin bersaing ini perlu demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang. Selain itu, diharapkan pelajar antara kedua-dua buah sekolah ini akan dapat berkenalan dan saling membantu dalam bidang-bidang yang lain.

KEPULANGAN USTAZ RABEH KE MESIR


Walaupun terasa sudah setahun lamanya USTAZ RABEH NEKMATULLAH AL SAYED pulang ke Mesir meninggalkan kita, suaranya yang garau mengajar Bahasa Arab setiap malam Selasa dan Khamis masih terngiang-ngiang di telinga. Ustaz Rabeh telah banyak membantu warga QG dalam menghadapi peperiksaan PMR 2008 yang lalu untuk mata pelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Alangkah bertuahnya kita warga QG selama ini yang dapat bertutur dalam bahasa arab dengan orang Arab sendiri. Gambar menunjukkan Penasihat QG Cikgu Abdul Wahab bersama-sama dengan Cikgu Sahrossam, Cikgu Mohd Irwan dan beberapa orang bekas pelajar sedang bergambar kali terakhir bersama Ustaz Rabeh di KLIA Sepang. Kami warga QG bercita-cita untuk mengadakan satu program ke Mesir bagi melawat Ustaz Rabeh suatu hari nanti.

SEORANG LAGI WARGA QG KHATAM

Saudara Muhammad Firdaus bin Salam dari tingkatan 4A telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran sebanyak 30 juzuk pada 23 oktober 2009. Beliau telah dilahirkan di Kampung Bukit Katil pada 21 Februari 1993 mempunyai 11 orang adik-beradik. Beliau yang bercita-cita ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang Al-Quran di Darul Quran telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR pada tahun 2008 yang lalu. Menurut Ustaz Abdul Wahid Kasim, saudara Muhammad Firdaus juga merupakan seorang pelajar yang sentiasa istiqamah dalam proses penghafalan Al-Qurannya. Semoga kejayaan yang dicatat oleh pelajar ini akan menjadi contoh kepada pelajar yang lain dalam mencapai apa jua yang dicita-citakan. Majlis Tertinggi QG akan mengadakan mesyuarat khas untuk membincangkan tentang majlis meraikan salah seorang ahli QG yang kini bergelar 'al-hafiz' ini.

MESYUARAT MINGGUAN MAJLIS TERTINGGI QG


Bertempat di Kelas Tingkatan 4A pada 30 Oktober 2009, satu mesyuarat mingguan Majlis Tertinggi QG telah diadakan. Mesyuarat rutin mingguan tersebut telah dihadiri oleh semua ahli Majlis kecuali Saudara Aiman Jafni Razak, presiden QG yang tidak dapat hadir kerana mengalami masalah kesihatan. Antara perkara berbangkit yang diajukan dalam mesyuarat tersebut adalah berkenaan program Guru Muda yang masih lagi kurang impaknya kepada ahli QG. Selain itu, semua ahli Majlis diingatkan supaya sentiasa menasihati warga QG supaya mementingkan SOLAT BERJEMAAH. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Cikgu Abdul Wahab yang juga merupakan penasihat QG. Selain itu, perbincangan secara serius telah dibuat untuk mengadakan Jamuan Akhir Tahun bagi QG dan asrama putera SMTAQ. Dalam mesyuarat kali ini, satu ketetapan telah dibuat iaitu kajian berkenaan prestasi mata pelajaran peperiksaan akhir tahun 2009 akan dilaksanakan secara individu. semua warga QG dikehendaki menyediakan satu laporan berbentuk laporan individu bagi setiap mata pelajaran. Mereka dikehendaki menilai kelemahan dan kekuatan yang mereka jangka terhadap peperiksaan akhir tersebut. Sesungguhnya, kelemahan harus dibaiki manakala kekuatan harus dikekalkan, itulah pesanan yang telah disampaikan oleh Cikgu Abdul Wahab.

Saturday, October 31, 2009

PERKHEMAHAN HUFFAZ GEMILANG






Pada hari Jumaat hingga Ahad bersamaan 16 Oktober hingga 18 Oktober 2009 yang lalu Unit Biasiswa SMTAQ telah mengadakan Perkhemahan Huffaz 2009 bertempat di Hutan rekreasi Ayer Keroh Melaka. Seramai 24 orang ahli QG telah turut sama menyertai program tersebut. Pelbagai aktiviti yang berbentuk ketahanan fizikal telah dilaksanakan. Antara aktiviti tersebut adalah aktiviti berkayak, mendaki tembok tiruan, berjalan malam, 'team building' dan 'paint ball'. Terdapat beberapa aktiviti yang telah disertai oleg beberapa orang guru. Ustaz Abdul Wahid, Ustaz Jeffery dan Cikgu Abdul Wahab juga kelihatan cuba mendaki tembok tiruan tersebut. Kami warga QG begitu berbangga dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh guru-guru kami berkenaan. Pada malam pertama kami berkhemah, Ustaz Mohd Azlan yang juga merupakan salah seorang guru tahfiz QG telah bersama-sama kami bermalam di sana. Walaupun kurang selesa berada di dalam khemah berwarna biru untuk para guru tersebut, Ustaz Azlan tidak pernah menunjukkan reaksi kurang selesa. Itulah semangat yang kami lihat semasa berada di sana dan kami mengharapkan guru-guru yang turut serta itu akan sentiasa bersemangat sebagaimana semangatmereka semasa di hutan Ayer Keroh itu.


'

JAMUAN SEBELUM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009


Pada hari Sabtu, 10 Oktober 2009 yang lalu, warga Quranic Generation 93 telah mengadakan majlis jamuan sebelum menduduki peperiksaan akhir tahun 2009. Semua warga telah menyertainya dengan diserikan beberapa persembahan mewakili setiap unit dalam QG. Majlis yang penuh dengan kenangan ini telah dihadiri juga oleh Guru Penolong Kanan HEM Ustaz Abdullah. Dalam ucapan perasmian majlis ini, Cikgu Abdul Wahab selaku guru penasihat QG telah mengulangi pesanan dan amanat beliau yang inginkan agar warga QG sentiasa bersungguh-sungguh dalam mencapai tujuan dan matlamat. Disamping itu, beliau juga menegaskan tentang semangat berdikari yang perlu ada dalam setiap jiwa anak QG yang diasaskannya itu.

Saturday, October 24, 2009

Apa itu Al-Quran ?


Al-Quran atau Quran (bahasa Arab: القرآن al-Qur'ān) ialah kitab suci bagi umat Islam. Menurut ajaran Islam, al-Quran ialah wahyu yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan malaikat Jibril yang sampai ke zaman sekarang secara mutawatir. Perihal diturunkan al-Quran mempunyai kaitan rapat dengan Lailatul Qadar. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur dalam tempoh 23 tahun.

Dalam salah satu ayat yang terdapat di dalam Al-Quran Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan adz-Dzikr (Al-Qur’an), dan kamilah yang akan menjaganya". (AL Hijr 15:9)

Lafaz al-Quran dari segi bahasa adalah bacaan atau himpunan huruf dan kalimah. Ini berdasarkan firman Allah:

Sesungguhnya Kamilah Yang berkuasa mengumpulkan al-Quran itu (dalam dadamu), dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu); Oleh itu, apabila Kami telah menyempurnakan bacaannya (kepadamu, Dengan perantaraan Jibril), maka bacalah menurut bacaannya itu; (surah al-Qiyamah, 75:17-18)

Manakala dari segi istilah pula, al-Quran ialah kalam Allah yang bermukjizat diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril dalam bahasa Arab, diriwayatkan secara mutawatir dan membaca setiap hurufnya adalah ibadah, bermula dari surah al-Fatihah dan berakhir dengan surah an-Naas.

Thursday, October 15, 2009

Program ehya Ramadhan

Program ehya ramadhan didakan sempena menyambut bulan ramadhan atau bulan puasa yang mjlia.Majlis ini telah disokong oleh pihak sekolah telah disambut oleh semua guru dan pel;ajar.Program ini nertujuan untuk menyedarkan umat manusia bahawa ramadhan merupakan bulan yang mulia dan mempunyai ganjaran yang paling nesar jka beramal dengannya.Antara tetatif program yang telah berlangsung ialah forum berkenaan dengan masalh di bulan puasa yang telah diketuai oleh ustaz dahlan sebagai pengacara majlus dan ahli panel ustaz abdul rahim ,ustaz ariffin dan ustazjohari

Merentas desa

pada pertengahan tahun yang lalu pihak sekolah telah menganjurkan acara meentas desa untuk program sukan sekolah.Pihak sekolah juga bertujuan unutk mencari bakat peljar yang berkemampuan dalsam acaralumba lari

Perlawanan bola sepak antara ahli QG

Perlawanan bola sepak ini telah dianjurkan oleh cikgu Abdul Wahab bin Abu Samah.Terdapat 6 kumpulan yang terdiri daripada 8 orang ahli.Pertandingan ini telah dimenangi ole kumpulan 5 yang diketuai oleh Muhammad hairi bin Mohd Husni.istimewanya tentang perlawanan ini ialah masa perlawanan tersebut berlangsung iatu pada cuti pertengahan tahun minggu yang ke-2.Kami terpanggil dengan teriakan cikgu yang sudi mengajar kami subjek Bahasa melayu disamping dapat mengulangkaji matapelajaran lain.

Pemantauan saringan H1N1

Ahli-ahli QG telah melakukan pemantauan terhadap pelajar yang baru pulang ke sekolah selepas bercuti selama dua hari di kediaman masing-masing.QG sanggup mengorbankan masa dan tenaga demi rakan-rakan seagama dan bangsa.Pengorbanan dalam diri kami ini telah diterapkan sejak kami tingkatan.Pengorbanan ini kami perolehi berdasarkan pemerhatian terhadap guru-guru yang mendidik kami untuk menjadi insan yang sanggup berkorban untuk memiliki sesuatu yang dihajati.

Pembelajaran QG di kelas


Dengan berbekalkan kesungguhan dan azam, ahli QG sanggup mengharungi cabaran dan pancaroba dalam menuntut ilmu.

Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook