Saturday, October 9, 2010

KOLABORASI SM TAHFIZ DENGAN SEK BERASRAMA PENUH INTEGRASI (SBPI) SELANDAR MENGHASILKAN "MIND YOUR WRITING"

Pada 26 hb September 2010 bertempat di Sek Menengah Berasrama Penuh (SBPI) Selandar, calon PMR dan SPM 2010 SM Tahfiz mengambil pendekatan proaktif bagi memajukan diri dalam Bahasa Inggeris dengan mengadakan Program "Mind Your Writing" dengan calon PMR dan SPM (SBPI). Seperti yang dilakukan semasa Program ICC Matematik bersama SM Sains Muzaffar, program ini dilakukan secara mentor iaitu seorang pelajar SBPI membantu 2 orang pelajar SM Tahfiz. Program yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SM Tahfiz (Sdr Aniq Asyran) telah mendapat kerjasama dari Panitia Bahasa Inggeris yang diselia oleh Pn Norbariah Basirah (PMR) dan En Jamsari Jalal (SPM). Kerjasama dengan SM Berasrama Penuh Intregasi ini mendapat bimbingan guru bahasa Inggeris SBPI sebagai fasilitator yang diketui oleh Pn Majidah dan En Azmi Zakaria dengan dibantu oleh 4 orang guru Bahasa Inggeris yang lain. Maklumbalas dari pelajar mengatakan bahasa mereka mendapat rahsia bagaimana untuk memperolehi markah semasa menjawab peperiksaan nanti. Program murni ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Cenderahati dari pihak SM Tahfiz al-Quran telah disampaikan oleh GPK HEM, Ustaz Abdullah Hj Jantan yang mewakili Pengetua SM Tahfiz. Diharapkan program rintis ini menjadi program tahunan Panitia Bahasa Inggeris SM Tahfiz pada tahun akan datang.


Ahli QG93 memberi ceramah kepada 1500 jemaah haji

Masjid Al-Azim, Bukit Palah ,Melaka : pada 25 -9-2010 yang lalu Muhammad Alif bin Aziz selaku ahli QG93 telah memberi kata-kata nasihat dan semangat kepada jemmah haji di sini.Ia disaksikan seramai lebih kurang 1500 jemaah haji yang turut hadir di majlis ini.Majlis seumpama ini dikhabarkan diadakan pertama kali oleh Pihak Tabung Haji.Oleh itu ucapan dikalungkan kepada Muhammad Alif kerana telah berjaya menyampaikan kata-kata nasihatnya.


Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook