Friday, May 21, 2010

Sambutan Hari Guru 2010 SMTAQ

Pada 17 Mei 2010 yang lalu Ahli QG93 telah mengendalikan Majlis Sambutan Hari Guru di SMTAQ dengan penuh gilang-gemilang.Dengan hasil gabungan serta persepakatan antara semua Ahli QG93 majlis ini dapat diadakan dengan baik.Majlis sambutan pada kali ini berorentasikan ilmiah.Oleh itu antara acara yang diadakan ialah perlawanan futsal guru pelajar,musang berjanggut,persembahan pelajar tingkatan 1,2,3 dan 4 serta tayangan video guru dan nyanyian lagu guru.Manakala bagi persembahan ahli QG93 pada kali ini berlainan sama sekali iaitu persembahan Dikir Barat Guru.

Saturday, May 15, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 SMTAQ

Pada 10 Mei lalu, Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 SMTAQ telah bermula ,justeru bermulalah perjuangan bagi semua ahli QG93.Dengan detik SPM yang semakin hampir,bertambah usahalah yang dijana demi nencapai kecemerlangan.

Antara Matapelajaran yang telah dihadapi:

10 Mei -Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2
11 Mei -Bahasa Inggeris Kertas 1 dan 2
12 Mei -Sejarah dan Matematik Kertas 1
13 Mei -Matematik Kertas 1 dan Sains Kertas 1

Semoga usaha mereka berkekalan diiringi Solat Sunat Hajat...

Saturday, May 1, 2010

Jejak Dakwah Kumpulan 1

Pada 2-4 Mac yang lalu Kumpulan Huffaz Intelek merangkap ahli QG93 telah menyertai Program Jejak Dakwah di SDARY.

Sebagai merealisasikan kehendak masyarakat serta ibubapa bahawa pelajar SM Tahfiz perlu menguasai bidang kerohanian, maka Unit BADAR SMTAQ dengan beraninya menampilkan satu program diatas tajuk "JEJAK DAKWAH". Program yang menampilkan kumpulan seramai 12-15 orang pelajar tingkatan 5 akan hadir kesekolah asrama lain bagi mencurahkan khidmat bakti atas tiket kerohanian. Selain untuk memberanikan diri menyampaikan ilmu agama dihadapan pelajar sekolah lain aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar Tahfiz al-Quran dengan sekolah yang terlibat. Antara aktiviti kerohanian yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini ialah :

Imam Solat Fardu , Tazkirah selepas solat, Kuliah Maghrib dan Subuh, Bacaan Mathurat (Pagi & Petang), Solat Dhuha, Qiamullail, Halaqah al-Quran, Halaqah Usrah, Alunan zikir, Maulud Diba'i serta tambahan aktiviti lain seperti LDK , Curahan Kasih dan sukan persahabatan.

Untuk siri 1, Pelajar ini telah ke Asrama SMK Dato Abdul Rahman Ya'kub pada 2hb April - 4hb April 2010.

Syabas diucapkan terhadapa pelajar Huffaz yang telah menghabiskan program Jejak Dakwah dengan jayanya. InsyaAllah..segala kebaikan yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan akan dijanjikan ganjaran oleh Allah S.W.T

Siri 2 Jejak Dakwah akan dijalankan pada tarikh dan waktu yang akan diberitahu kelak..Doakan kejayaan SMTAQ

Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook