Tuesday, March 22, 2011

Semakan Secara SMS Keputusan SPM 2010


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) akan diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 ini.
Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.
Peperiksaan bertulis SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon telah menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010 boleh diperolehi daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi 23 Mac 2011 ini. Manakala calon persendirian akan menerimanya melalui pos.

Semakan SPM Secara SMS

Mulai tahun ini SPM 2010 boleh disemak melalui sms. Semakan SMS keputusan SPM 2010 boleh dibuat bermula dari jam 10:00 pagi 23 Mac 2011 sehingga jam 12 tengahmalam 30 Mac 2011.

Format Semakan SMS

Cara untuk membuat semakan adalah dengan menaip SPM SEMAK [nombor MyKad] [Angka Giliran SPM] dan sms ke 15888.
Contoh: SPM SEMAK 931003045567 MCO19A17 sms ke 15888.

Nota Penting !!!

Selepas membuat semakan bolehlah terus membuat permohonan atau mengemaskini permohonan untuk melanjutkan pelajaran. Di antaranya:

No comments:

Post a Comment

Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook