Monday, March 21, 2011

Permohonan Tajaan JPA MARA Program Ijazah Luar Negara 2011 Lepasan SPM 2010

Calon-calon yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010adalah dipelawa untuk mendapatkan tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Majlis Amanah Rakyat (MARA) bagi mengikuti pengajian di bawah Program Ijazah Luar Negara (PILN) tahun 2011.
Calon-calon yang berjaya dipilih bagi Program Ijazah Luar Negara dikehendaki mengikuti kursus persediaan di kolej-kolej yang ditetapkan di dalam negara sebelum mengikuti pengajian di luar negara.

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia (bagi tajaan MARA calon mestilah Warganegara Malaysia dan Melayu/Bumiputera);
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada 31 Disember 2010;
  3. Mempunyai kesihatan yang baik dan tidak mengidap penyakit-penyakit kritikal seperti Hepatitis, Aids, HIV dan sebagainya.
Syarat Khusus

JPA

    Permohonan
    Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi atas talian (on-line application) melalui laman web Jabatan Perkhidmatan Awam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.

    Tarikh tutup permohonan 
    7 hari selepas permohonan dibuka.

    Calon hendaklah membaca dan memahami 
    kesemua maklumat mengenai program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan 
    dan cara memohon sebelum membuat permohonan.  Maklumat lanjut mengenai 
    program/bidang kursus, syarat-syarat permohonan dan cara  memohon boleh 
    diperoleh dengan melayari laman web:
    a. http://esilav2.jpa.gov.my bagi permohonan tajaan JPA; dan
    b. http://www.mara.gov.my bagi permohonan tajaan MARA.

     Calon-calon dikehendaki menyemak maklumat terkini mengenai permohonan 
    melalui  laman web http://esilav2.jpa.gov.my untuk mengetahui keputusan 

    Temuduga
    Panggilan temuduga JPA pada 8 April 2011. Temuduga JPA akan dijalankan di beberapa pusat di seluruh negara mulai 12 hingga  15 April 2011. Bagi calon yang terpilih untuk menghadiri temuduga diwajibkan untuk:
    a. membawa  Borang Pengesahan Pendapatan Bulanan Keluarga yang 
    telah disahkan dan dokumen-dokumen lain yang ditetapkan; dan 
    b. menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA yang dijalankan 
    melalui aplikasi atas talian  (on-line application) melalui laman web 
    http://esilav2.jpa.gov.my mulai 8 April 2011 sehingga 16 April 2011.

     Pelajar yang  berjaya ditawarkan untuk mengikuti pengajian dalam bidang 
    perubatan di bawah tajaan JPA diwajibkan untuk mengikuti Program 
    Pendedahan Kerjaya Seorang Doktor di hospital-hospital Kerajaan yang terpilih 
    di seluruh negara yang akan diadakan selama 3 hari mulai 10 – 12 Mei 2011.

    Pelajar-pelajar yang memohon  tajaan MARA boleh menyemak maklumat terkini mengenai permohonan melalui laman web http://www.mara.gov.my:Keputusan panggilan dan maklumat temu duga MARA :  14 April 2011
    Pertanyaan mengenai masalah teknikal semasa mengisi borang permohonan atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8885 3541 dan 03-8885 3453. Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai tarikh keputusan SPM 2010 diumumkan secara rasmi.
    Pertanyaan mengenai  masalah teknikal  semasa  menduduki Ujian Khas Biasiswa Persekutuan JPA atas talian boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-8316 4422, 03-8316 4443, 03-8885 4435 dan 03-8316 4444.
     Talian-talian ini dibuka setiap hari dari jam  8.00 pagi hingga 10.00 malam mulai  8 April 2011 sehingga 16 April 2011.11.Pertanyaan mengenai  program tajaan JPA  boleh dibuat dengan menghubungi talian  03-8885 3704 (10 talian), pada setiap hari bekerja mulai jam  8.00 pagi hingga 5.00 petang atau emel di alamat piln2011@jpa.gov.my.
    Pertanyaan mengenai program tajaan MARA boleh dibuat dengan menghubungi Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA di talian  03-2693 6666, 03-2694 6622, 03-2694 3366 pada setiap hari bekerja mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petangatau emel di alamat informasibpp@mara.gov.my.
    Calon-calon hendaklah sentiasa melayari  laman web http://esilav2.jpa.gov.my dan laman web  http://www.mara.gov.my dari  semasa ke semasa untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman terkini mengenai permohonan PILN 2011.





    No comments:

    Post a Comment

    Ayat-Ayat Al-Quran

    Warga Quranic Generation 93

    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Temui kami di Facebook