Sunday, January 16, 2011

Tiga Pelajar QG93 Mengambil STAM




Dimaklumkan bahawa Muhammad Mua'adz bin Mohd Yusof dan Muhammad Fadhilullah bin Abu Bakar telah mengambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) baru-baru ini di SEK MEN (A) AL-ASYRAF, PEKAN PULAU SEBANG .Manakala Abdul Matin bin Abu Bashar telah mengambilnya di Gemencheh ,Negeri Sembilan.Sebelum ini Tuan Pengetua SM Tahfiz Al-Quran menyarankan kepada semua pelajar lepasan SPM 2010 untuk mengambil STAM.Oleh itu seluruh warga QG93 mengucapkan semoga berjayadan mumtaz dalam peperiksaan ini...SEMOGA BERJAYA !!!Muhammad Fadhilullah bin Abu Bakar

Muhammad Mua'adz bin Mohd Yusof
Abdul Matin bin Abu Bashar

Monday, January 10, 2011

Jomlah Taubat Kawan...


Asalamualaikum sahabat semua

Jomlah taubat kawan..tinggal semua amalan mungkar...jom cari ALLAH SWT..bila lagi nak berubah
Jomlah kita mulakan sekarang ..kalau tangguh tangguh takut nanti tak sempat sebab kalau malaikat maut
dah datang ..habislah peluang kita. ALLAH buka pintu taubat seluas luasnya ALLAH kurniakan rahmat
sebanyak banyaknya hanya di atas dunia ini sahaja.Bila dah sampai di alam bazak....habis tak ada
peluang lagi.Nak balik ke dunia? .Jangan mimpilah.Tinggallah di sana untuk menerima balasan ALLAH
Terimalah hukuman ALLAH atas segala dosa dosa kita di atas dunia.

Marilah kita bertaubat dengan sebenar benar taubat..taubat nasuha..Marilah ..bersegeralah bertaubat
tinggalkan semua sifat sifat tercela yang ada dalam diri.Mahu bertaubat memang sukar di lakuakan secara
bersendiri,carilah guru yang benar faham tentang ilmu ALLAH..mulalah belajar mencari kebenaran
Insya Allah,ALLAH pasti akan menerima taubat kita.Sesuai dengan sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesungguhnya ALLAH membentangkan tangan rahmatnya pada waktu malam supaya orang yang telah melakukan
dosa pada waktu pagi bertaubat pada waktu malam dan ALLAH menghulurkan tangan kemurahannya pada waktu
siang supaya orang yang melakukan dosa pada waktu pagi,bertaubat pada waktu malam begitulah keadaannya
berterusan sehingga datangnya hari Qiamat".

Jika berdosa dengan ALLAH SWT..mintalah keampunan kepada ALLAH,tinggalkanlah perbuatan dosa itu jangan
sesekali di ulang lagi.Sesalilah dan berazamlah untuk hanya mencari kebaikkan semata mata.Jika berdosa
dengan manusia mintalah kemaafan daripada mereka yang telah kita zalimi itu.

Oleh itu marilah kita rebut kesempatan bertaubat,sementara maut belum memanggil kita,gunakan peluang
untuk merebut rahmat dan kasih sayang ALLAH yang telah membuka pintu taubat seluas luasnya.Masuklah
dari mana pintu taubatpun ALLAH pasti sedang menunggu kita dengan penuh kasih sayang.

Oleh itu...jomlah kawan kita bertaubat sekarang .Carilah islam kerana islam untuk semua...

Wednesday, December 29, 2010

Revolusi Blog Hamalatul Quran


Bermula pada hari ini blog QG93 akan berubah menjadi medan tarbiah dan dasar dakwah.Untuk menjadi sebuah generasi mithali yang bertapaknya islam di dalam hati, pihak blog akan menjadikan blog ini sebagai 'DAKWAH AKTIF ISLAMI'.Dengan revolusi ini pengurusan blog juga telah menambah ahli gerak kerja bagi merealisasikan MISI dan VISI QG93.Oleh itu antara ahli tersebut ialah saudara Muaz Yusuf, Fathullah, dan Nur Adnin. Diharapkan blog ini sentiasa aktif dan meminta kerjasama dari semua ahli QG93.

Friday, December 24, 2010

Program Sehari Melancong di Negeri Melaka


Pada 23 Dis yang lalu Quranic Generation 93 telah menganjurkan Program Sehari Melancong di Negeri Melaka.Program ini dimulai dengan berkumpulnya Ahli-Ahli QG93 di Melaka Sentral.Selepas itu kami secara berkelompok menuju ke Melaka Wonderland di Ayer Keroh.Walaupun ia agak mahal bayarannya tetapi agak berbaloi juga kerana kami dapat berseronok bersama-sama .Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Mahkota Parade.Di sana kami berhenti seketika untuk melaksanakan tanggungjawab kami sebagai seorang Muslim dengan menunaikan Solat Fardu Asar.Di Dataran Pahlawan pula kami mula makan tengahari.Selepas itu kami berpecah dalam beberapa kumpulan untuk menonton wayang,bermain boling serta PS game.Program kami tamat,kira-kira pada pukul 6.00 petang dan dihadiri seramai 25 orang ahli QG93.


Yusuf sedang berkhidmat memberikan beberapa kepingan coklat kepada ahli QG93 yang lain ketika di dalam bas

Pengerusi QG93 sedang mengagih-agihkan tiket

Bergambar bersama-sama

sedang bermain boling

Tuesday, December 21, 2010

Tamatlah SPM

Puan Bariah sedang mengkaji kertas soalan Ekonomi Asas bersama Ahli-Ahli QG93

Secara rasminya pada 20 DIS yang lalu,tamatlah sudah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi ahli-ahli QG93.Bagi Kelas Tingkatan 5 Perakaunan,kertas terakhir yang mereka duduki ialah pada 16 Dis, manakala bagi Kelas Tingkatan 5 Syariah pula ,baharu tamat pada 20 Dis yang lalu.Meja Penulis mengingatkan kepada semua ahli-ahli QG93 agar jangan sesekali melafazkan perkataan "MERDEKA" kerana jalan perjuangan masih belum berakhir lagi.Pada waktu ini,disarankan ahli-ahli sekalian agar banyak membuat ibadah kepada Allah Taala kerana keputusan SPM masih belum diumumkan lagi di samping mendoakan pemeriksa yang menanda kertas SPM.

Pembelajaran terakhir Matapelajaran Ekonomi oleh Puan Nor Bariah binti Basiran

bacaan doa oleh seorang daripada ahli QG93

Pengawas Peperiksaan sedang bergambar dengan ahli-ahli QG93

Saturday, December 18, 2010

10 Bukti Perintis QG93

Majlis Makan Perpisahan Terakhir dan Pengagihan Baju Korporat

16 DIS 2010 : Selepas berakhirnya Peperiksaan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah pada hari khamis yang lalu,sebuah majlis makan yang sederhana sempat diadakan sempana berakhirnya persekolahan bagi pelajar tahfiz QG93 di SMTAQ.Walaupun ia hanya diadakan berkadar sederhana sahaja tetapi ia mampu mencipta satu kenangan yang besar...


Kajian Terperici...

Majlis Reunion QG93


15 DIS 2010 :Telah dipersetujui oleh semua Ajk Tertinggi serta Ahli-ahlinya bahawa Tarikh reunion QG93 telah ditetapkan pada hari Ahad Pertama semasa waktu cuti sekolah pertengahan tahun sewaktu MUZAKARAH TERAKHIR QG93 .Sejurus perkara perkara tersebut bagi tahun 2011 ,tarikh reunion jatuh pada 4 JUN 2011.Pada awalnya, tarikh reunion diundi pada 16 september bertepatan dengan cuti 1 Malaysia, namun begitu terdapat bantahan daripada ahli QG93 yg lain bahawa cuti tersebut mungkin tidak tetap dan terlalu pendek.

Tuesday, November 16, 2010

Majlis Khatam Al-Quran 14 Al-Hafiz Dan Gambar Graduasi


















Tayangan Sketsa QG93


Alhamdulillah tayangan video sketsa mengenai QG93 nampaknya berjalan lancar.Komen yang didapati semasa penayangan video amat memberangsangkan.Tetapi pastinya video ini menjadi telah permintaan junior SMTAQ untuk ditayangkan semula.Insyallah video ini akan kami upload di Youtube.

Saturday, November 6, 2010

Booklet dan Video Trilogi QG93


Booklet QG93 akhirnya dalam proses pembayaran dan penerimaan.Dikhabarkan buku ini akan diberi sewaktu penghujung persekolahan nanti bersama Video Trilogi Terimba Quranic Generation 93.Oleh itu diharapkan semua warga SMTAQ dapat mengambil bahagian di majlis itu nanti.


AHLI PROJEK VIDEO

PEMILIHAN ANUGERAH JUNIOR TERBAIK

Kesilapan : plak berlogokan QG93

Dijadualkan pada minggu ini ahli-ahli QG93 akan mengadakan pengundian untuk memilih calon junior terbaik dikalangan pelajar-pelajar tingkatan 1,2 dan 3.Anugerah ini merupakan anugerah yang mungkin pertama kali diberikan oleh senior SMTAQ kepada junior-junior mereka.2 plak akan menjadi taruhan pada Anugerah Junior Terbaik pada tahun ini.Diharapkan ahli-ahli QG93 dapat mengambil bahagian.



Nur Adnin memegang kertas pengundian atau kertas ujian



Sebahagian Ahli QG93

Saturday, October 9, 2010

KOLABORASI SM TAHFIZ DENGAN SEK BERASRAMA PENUH INTEGRASI (SBPI) SELANDAR MENGHASILKAN "MIND YOUR WRITING"

Pada 26 hb September 2010 bertempat di Sek Menengah Berasrama Penuh (SBPI) Selandar, calon PMR dan SPM 2010 SM Tahfiz mengambil pendekatan proaktif bagi memajukan diri dalam Bahasa Inggeris dengan mengadakan Program "Mind Your Writing" dengan calon PMR dan SPM (SBPI). Seperti yang dilakukan semasa Program ICC Matematik bersama SM Sains Muzaffar, program ini dilakukan secara mentor iaitu seorang pelajar SBPI membantu 2 orang pelajar SM Tahfiz. Program yang dirancang oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SM Tahfiz (Sdr Aniq Asyran) telah mendapat kerjasama dari Panitia Bahasa Inggeris yang diselia oleh Pn Norbariah Basirah (PMR) dan En Jamsari Jalal (SPM). Kerjasama dengan SM Berasrama Penuh Intregasi ini mendapat bimbingan guru bahasa Inggeris SBPI sebagai fasilitator yang diketui oleh Pn Majidah dan En Azmi Zakaria dengan dibantu oleh 4 orang guru Bahasa Inggeris yang lain. Maklumbalas dari pelajar mengatakan bahasa mereka mendapat rahsia bagaimana untuk memperolehi markah semasa menjawab peperiksaan nanti. Program murni ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Cenderahati dari pihak SM Tahfiz al-Quran telah disampaikan oleh GPK HEM, Ustaz Abdullah Hj Jantan yang mewakili Pengetua SM Tahfiz. Diharapkan program rintis ini menjadi program tahunan Panitia Bahasa Inggeris SM Tahfiz pada tahun akan datang.


Ahli QG93 memberi ceramah kepada 1500 jemaah haji

Masjid Al-Azim, Bukit Palah ,Melaka : pada 25 -9-2010 yang lalu Muhammad Alif bin Aziz selaku ahli QG93 telah memberi kata-kata nasihat dan semangat kepada jemmah haji di sini.Ia disaksikan seramai lebih kurang 1500 jemaah haji yang turut hadir di majlis ini.Majlis seumpama ini dikhabarkan diadakan pertama kali oleh Pihak Tabung Haji.Oleh itu ucapan dikalungkan kepada Muhammad Alif kerana telah berjaya menyampaikan kata-kata nasihatnya.


Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook