Friday, December 24, 2010
Program Sehari Melancong di Negeri Melaka
Pada 23 Dis yang lalu Quranic Generation 93 telah menganjurkan Program Sehari Melancong di Negeri Melaka.Program ini dimulai dengan berkumpulnya Ahli-Ahli QG93 di Melaka Sentral.Selepas itu kami secara berkelompok menuju ke Melaka Wonderland di Ayer Keroh.Walaupun ia agak mahal bayarannya tetapi agak berbaloi juga kerana kami dapat berseronok bersama-sama .Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Mahkota Parade.Di sana kami berhenti seketika untuk melaksanakan tanggungjawab kami sebagai seorang Muslim dengan menunaikan Solat Fardu Asar.Di Dataran Pahlawan pula kami mula makan tengahari.Selepas itu kami berpecah dalam beberapa kumpulan untuk menonton wayang,bermain boling serta PS game.Program kami tamat,kira-kira pada pukul 6.00 petang dan dihadiri seramai 25 orang ahli QG93.
Yusuf sedang berkhidmat memberikan beberapa kepingan coklat kepada ahli QG93 yang lain ketika di dalam bas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment