Wednesday, March 9, 2011

Senarai Biasiswa Malaysia


Permohonan adalah di buka kepada anda untuk memohon Biasiswa di Malaysia bagi sesi pengajian 2011. Berikut adalah senarai Biasiswa yang ditawarkan kepada anda oleh badan-badan yang berkaitan dan Syarikat-Syarikat berkaitan. Sila klik pada link yang diberikan untuk maklumat lanjut.

1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Biasiswa JPA ini boleh dimohon dalam masa 7 hari selepas result SPM diumumkan. Untuk JPA dan MARA, anda hanya boleh mohon salah satu sahaja dalam website eSILA. Biasiswa JPA 60% untuk bumiputera dan 40% untuk bukan bumiputera. Masa zaman saya dulu, interview JPA menggunakan dwibahasa.

Anda akan dapat 1 tajuk untuk dibincangkan dalam kumpulan selama 30 minit. Bahasa Melayu (15 minit) dan bahasa Inggeris (15 minit). Mungkin formatnya berubah, tapi saya pun tak berapa pasti. JPA menawarkan 1800++ tempat setiap tahun.

Untuk tips-tips temuduga JPA, sila klik di sini.

2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Nak mohon biasiswa MARA pun guna website yang sama untuk mohon JPA. MARA hanya untuk pelajar-pelajar Melayu dan Bumiputera sahaja. Interview MARA tak sama macam JPA. JPA interview secara berkumpulan manakala MARA interview secara individu, face to face dengan 2 orang penemuduga.

Ada course tertentu hanya ditawarkan oleh JPA seperti Farmasi. Tapi jangan bimbang, course-course lain seperti Medicine, Biotechnology, Engineering, Accounting dan sebagainya ditawarkan oleh JPA dan MARA. Cuma kadang-kadang konfius juga sama ada nak JPA atau MARA.

Katakanlah anda dapat 6A1 4A2 atau 7A1 3A2 tapi anda nak apply course Medicine. Saya syorkan anda pilih MARA sebab dengan result yang anda dapat, susah untuk dapat JPA melainkan result anda 9A1 1A2 atau 10A1. Sama juga untuk course-course lain.

JPA dan MARA dua-dua ada kelebihan.

  • Peluang nak dapat MARA lagi tinggi berbanding JPA kerana JPA kena compete dengan semua orang tak kira Melayu, Cina atau India.
  • Kalau anda dapat JPA, anda memang dapat biasiswa walaupun keputusan tak cemerlang mana pun time degree. Kalau MARA, ada portion yang anda kena bayar kalau result tak cemerlang. Ini dinamakan biasiswa boleh ubah.
  • JPA anda terikat beberapa tahun dalam sektor kerajaan. Biasanya 6 tahun kecuali doktor terikat selama 10 tahun. MARA, anda bebas untuk bekerja di mana-mana sahaja even di luar negara sekalipun.
  • Jika anda memohon course Medicine, JPA biasanya menawarkan program twinning iaitu 3 tahun di Malaysia dan 3 tahun di luar negara. Kalau MARA pula, 5 atau 6 tahun di luar negara. Kalau saya, saya akan mohon MARA.

3. Petronas

Petronas ada tawarkan biasiswa untuk belajar di UTP atau di luar negara. Apabila dapat tawaran temuduga, anda harus mengikuti educamp selama 2 hari di UTP, Tronoh, Perak. Sepanjang 2 hari berkampung di UTP, anda akan menduduki English test (Grammar) di samping Science and Math test untuk jurusan-jurusan Sains (Engineering, Geology, Geophysics) dan Math test untuk jurusan-jurusan Business (Accounting, Economic, Finance).

Ada juga personality test untuk menguji kesesuaian anda dengan course yang anda mohon. Hari kedua, interview dalam kumpulan seramai 5 orang dan anda diminta untuk menyelesaikan satu permasalahan. Setiap orang diberi peranan berbeza dan kena bentang serta tegakkan hujah masing-masing. Interview Petronas sepenuhnya dalam bahasa Inggeris.

Masa zaman saya, Petronas ada berpakat dengan JPA rasanya. Sesiapa yang dapat JPA tak akan dapat Petronas dan sebaliknya. Tapi siapa yang dapat MARA boleh dapat Petronas.

Untuk biasiswa Petronas, boleh mohon di sini.

4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

Sesiapa yang berminat nak jadi cikgu tapi nak ke luar negara, bolehlah apply biasiswa KPM. Setakat pengetahuan saya, kesemua pemegang biasiswa KPM dihantar ke UK. Bolehlah nanti tengok Man U lawan dekat Old Trafford.

Menurut rakan-rakan saya, anda akan buat degree di UK selama 3 tahun dan balik Malaysia untuk buat program pendidikan selama 1 tahun. Syarat untuk fly ke UK, mestilah mendapat 10 mata ke atas dalam peperiksaan A Level.

Saya pernah terbaca satu syarat untuk memohon biasiswa KPM ni iaitu tidak boleh menerima apa-apa tawaran lain. Tapi saya perjelaskan di sini, anda mohon saja. Tak semestinya anda mohon KPM, peluang anda untuk dapat JPA terus tertutup.

5. FELDA

Biasiswa FELDA terbahagi kepada dua iaitu untuk anak-anak FELDA sahaja dan juga anak-anak selain FELDA. So sesiapa pun boleh mohon kalau terasa nak mohon. Semua course boleh dimohon. Borang permohonan boleh download di website Felda Holdings nanti. Tapi bukan sekarang, sekarang tak keluar lagi.


6. Yayasan TNB

7. Yayasan TM

8. Yayasan Khazanah

9. Yayasan UEM

10. Sime Darby – untuk trial SPM sahaja

11. Bank Negara Malaysia (BNM)

12. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

Sila cek website-website untuk semua biasiswa ini selepas keputusan SPM dah diumumkan. Saya nasihatkan anda semua supaya rajin-rajinkan diri untuk membaca newspaper terutamanya Berita Harian dan Utusan Malaysia supaya tak terlepas iklan-iklan biasiswa itu nanti sebab kebanyakan iklan tersebut hanya disiarkan di surat khabar.

Ada juga yayasan atau kerajaan negeri yang menawarkan biasiswa seperti Yayasan Terengganu dan Kerajaan Negeri Sabah. Jadi, anak-anak Terengganu dan Sabah bolehlah mohon dengan syarat tidak mendapat apa-apa tawaran biasiswa lain.

>>>> KOLEKSI BIASISWA MALAYSIA <<<<
  1. Biasiswa KPM Kementerian Pelajaran Malaysia - khusus buat penuntut jurusan pendidikan di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.
  2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat MARA - khas buat penuntut bumiputera.
  3. Biasiswa JPA - Bagi Pengajian Diploma dan Ijazah dalam negara.
  4. Biasiswa JPA bagi Pengajian Luar Negara -
  5. Biasiswa/Dermasiswa Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
  6. Biasiswa Bank Rakyat
  7. Biasiswa Bank Negara
  8. Biasiswa Bank Negara bagi Pengajian Perbankan Islam
  9. Biasiswa Yayasan Proton
  10. Biasiswa Sime Darby
  11. Biasiswa Petronas / Petronas Scholarships Program - Tarikh tutup Mac 2011
  12. Biasiswa Maybank
  13. Biasiswa Felda
  14. Biasiswa Negeri Sabah
  15. Biasiswa Negeri Sembilan
  16. Biasiswa Negeri Pahang
  17. Biasiswa Negeri Johor
  18. Biasiswa Negeri Perlis
  19. Biasiswa Negeri Terengganu
  20. Biasiswa Yayasan Melaka
  21. Biasiswa Yayasan Sarawak
  22. Biasiswa Yayasan Perak
  23. Biasiswa Yayasan Kelantan
  24. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  25. Biasiswa / Pinjaman TNB
  26. Biasiswa / Pinjaman KWSP - rujuk pada "Membiayai Pendidikan"
BIASISWA OLEH KERAJAAN



1. Assunta Hospital Scholarship
2. Astro Scholarships Award
3. British American Tobacco BAT Malaysia Foundation Scholarship
4. CCM Scholarships
5. Employees Provident Fund (EPF) Education Withdrawal Scheme
6. Fujitsu Asia Pacific Scholarship
7. Gamuda Scholarship Awards
8. GIC Global Scholarship
9. Great Eastern Supremacy Local Scholarship
10. Great Eastern Supremacy Scholarship
11. Great eastern Supremacy Regional Scholarship
12. IJM Corporation Berhad Scholarships
13. JAL Scholarship Program
14.
Jardine Scholarship
15. Khazanah Scholarship Awards
16.
LITRAK Scholarships
17. Master Builders Association Malaysia Education Fund
18. Manulife Scholarships
19. Maxis Scholarship For Excellence
20. Micron Scholarship
21 MNRB Scholarship Fund 2007
22. M S Scholarship
23. Mudajaya Scholarship Awards
24. NST - MAPCU Scholarship
25. Petronas Education Scholarship
26. Powertek Berhad Scholarship
27. Premerite Scholarship
28. Putrajaya Perdana Scholarship Awards
29 Real Rewards Scholarship
30. Road Builder Group Scholarship
31. Rohas-Euco Education Fund
32 Securities Commission Malaysia Scholarship
33. Shell-Curtin Scholarship
34. Shell Malaysia Downstream Scholarship
35. Shell Malaysia Exploration Scholarship
36. Tanjong Scholarship Awards
37. The Star Education Fund Scholarship Awards 2007
38. Top Glove Scholarship
39. Yayasan KLK Scholarship
40. Yayasan Proton Scholarship
41. Yayasan Sime Darby Scholarships
42. Yayasan Telekom Malaysia Scholarship
43. YTL Power Scholarship
44. Intel Malaysia Scholarship
45. JAL Scholarship Programme 2007
46. UEM Group Scholarships
47. VisDynamics Holdings Berhad Scholarship
48. Shell Malaysia Scholarship 2008
49. Yayasan Khazanah Global Scholarship 2008
50. Shell Malaysia Scholarship 2009

LAIN-LAIN BIASISWA

1. ASEAN Scholarship 2007
2. AMCHAM MACEE 2007 Scholarship
3. GE Foundation Scholarship 2007
4. Undergraduate Scholarship University of the Ozarks 2007
5. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Chamber of Commerce and Industry College University Scholarship Fund
6. Kuok Foundation Undergraduate Scholarship Award 2007
7.
Adelaide Sarawak Alumni Scholarship
8. Asian Youth Fellowship for 2007
9 Biasiswa Dan Pinjaman Tabling Pendidikan Pemuda UMNO Malaysia
10. Biasiswa Dewan Muda Dewan Perniagaan Melayu Malaysia
11. Chevening Scholarship
12. Dato’ Teh Ah Ba Scholarship
13. Hubert H Humphrey Fellowship Program 2007 2008
14. Malaysian Australian Alumni Council (MACC) scholarships
15. National Science Scholarships
16. Rotary International Ambassadorial Scholarship
17. Singapore Institute of Management International Scholarship
18. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman
19. Yayasan Sabah Scholarship
20. Ng Bee Chai Foundation Scholarship
21. Yayasan Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng Scholarship
22. Maritime Institute of Malaysia Scholarships
23. ASIA Fellows Awards
24. Fulbright Malaysian Graduate Study and Research Scholarship
25 Lions Club of Subang Jaya - FC Yap Scholarship 2008


Permohonan sila baca terma dan syarat dengan teliti sebelum memohon biasiswa / pinjaman.

Untuk maklumat lanjut layarilah laman ini >> sini


Monday, March 7, 2011

Permohonan Perguruan Lepas SPM KPLSPM Ambilan Jun 2011


Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti program yang ditawarkan dalam Kursus Perguruan Lepas Sijil Pelajaran Malaysia seperti di bawah :

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) :
. Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Kepujian)

Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara :
. Fizik
. Kimia
. Biologi
. Matematik
. Pendidikan Khas
. Bahasa Cina


Program Kembar Bahasa Perancis :
. Bachelor of Arts Degree in Sciences of Language and Information Specializing in Teaching French As Foreign Language

Program Kembar Bahasa Jerman :
. Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Jerman Dengan Pendidikan

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS (klik)

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN(klik)

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN(klik)

CARA MEMOHON(klik)

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 21 MAC 2011

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan permohonan :

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(u.p : Unit Pengurusan Pengambilan Pelajar)
No. Telefon : 03-888441260/1254/1253/1371/1235
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sabah
d/a Institut Pendidikan Guru Kampus Gaya
Peti Surat 10491
88805 Kota Kinabalu, Sabah
No Telefon : 088 236804
URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
Cawangan Sarawak
Jalan College
93259 Kuching, Sarawak
No Telefon : 082 258045



Sunday, March 6, 2011

PENGAMBILAN PELAJAR BARU PROGRAM UiTM SESI JUN 2011 (PRA DIPLOMA, DIPLOMA DAN PROFESIONAL)



Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA
MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti Program-Program di Universiti Teknologi
MARA (UiTM) secara Sepenuh Masa dan secara Pengajian Luar Kampus (khusus untuk
program Profesional). Untuk mahu PROGRAM yang ditawarkan dan maklumat yang lebih teliti sila layari...


Bagi pemohon yang ingin memohon ke program berikut juga memerlukan pembelian no. slip melalui BSN untuk kemasukan ke UiTM Sesi Jun 2011 (program Pra Diploma/Diploma) , sesi Julai 2011 (program Profesional (kecuali Program LW pada September 2011) dan sesi September 2011 (program Ijazah Sarjana Muda) Permohonan online dan pembelian no. slip bermula 1 Mac 2011 dan akan tamat pada 31 Mac 2011.

  1. Sila layari url berikut untuk jadual Sesi Pengajian Akademik UITM.
  2. Selain daripada program dan kategori diatas, permohonan kemasukan Sesi 2011 ke UiTM dan IPTA adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (UPU). Sila layari http://upu.mohe.gov.my/

"PEMAKLUMAN: PADA MASA INI, PEMBELIAN NO. SLIP MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) BAGI PEMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM HANYA BOLEH DIBUAT MELALUI KAUNTER SELURUH BSN.
PEMBELIAN NO. SLIP MELALUI INTERNET BANKING BSN (MYBSN) ATAUPUN ATM HANYA AKAN DIBUKA PADA MINGGU HADAPAN (12 MAC 2011).

SETELAH ANDA TELAH MEMBELI NO PIN UiTM....Layarilah laman Pendaftaran Online Kemasukkan Pelajar UiTM...>>>>BORANG


Program UiTM di dalam UPU...Hanya untuk Pelajar Sastera...


iMASCU - Sistem Semakan Syarat Kelayakan Program ke IPTA

Bahagian Pengambilan Kemasukan Pelajar (BPKP)

Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPM)

E-UITM UPU PROGRAM

PUSAT ASASI UITM

PI009 E0400 ASASI KEJURUTERAAN

PI020 E0150 ASASI TESL #

PI080 E0001 ASASI SAINS

PI007 E0600 ASASI UNDANG-UNDANG KPTM

PI006 E0601 ASASI UNDANG-UNDANG UITM

FAKULTI SENILUKIS DAN SENIREKA

AD110 E2111 DIP. SENI LUKIS & SENI REKA #

FAKULTI SAINS PENTADBIRAN & PENGAJIAN POLISI

AM110 E2230 DIP. PENTADBIRAN AWAM

FAKULTI SENIBINA PERANCANGAN DAN UKUR

AP111 E2340 DIP. PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH #

AP114 E2330 DIP. UKUR BAHAN

AP115 E2320 DIP. PENGURUSAN HARTANAH

AP116 E2310 DIP. BANGUNAN

AP117 E2304 DIP. REKABENTUK DALAMAN #

AP118 E2302 DIP. SENI BINA LANDSKAP #

AP119 E2303 DIP. UKUR BANGUNAN #

AP120 E2350 DIP. SAINS GEOMATIK

AP121 E2352 DIP. SAINS GEOMATIK (SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI)

AP122 E2351 DIP. SAINS GEOMATIK (SUMBER ALAM)

AP213 E2300 SARJANA MUDA SAINS (SENIBINA) #

FAKULTI SAINS GUNAAN

AS113 E2045 DIP. TEKNOLOGI POLIMER

AS114 E2044 DIP. MIKROBIOLOGI

AS115 E2043 DIP. KIMIA PERINDUSTRIAN

AS116 E2001 DIP. TEKNOLOGI MAKANAN

AS117 E2042 DIP. INDUSTRI PERKAYUAN

AS118 E2041 DIP. TEKNOLOGI TEKSTIL

AS120 E2000 DIP. SAINS

FAKULTI PERLADANGAN DAN AGROTEKNOLOGI

AT110 E2054 DIP. PENGURUSAN LADANG

FAKULTI PENGURUSAN PERNIAGAAN

BM111 E2220 DIP. PENGAJIAN PERNIAGAAN

BM112 E2221 DIP. PENGURUSAN BANK

BM114 E2226 DIP. ANALISIS PELABURAN

BM115 E2222 DIP. PENGAJIAN PERNIAGAAN (INSURANS)

BM117 E2227 DIP. PENGAJIAN PERNIAGAAN (PENGANGKUTAN)

FAKULTI SAINS KOMPUTER DAN MATEMATIK

CS110 E2810 DIP. SAINS KOMPUTER

CS111 E2822 DIP. STATISTIK

CS112 E2821 DIP. SAINS AKTUARI

CS113 E2820 DIP. SAINS KUANTITATIF

FAKULTI PERAKAUNAN

AC110 E2210 DIP. PERAKAUNAN

AC120 E2211 DIP. SISTEM MAKLUMAT PERAKAUNAN

FAKULTI TEKNOLOGI KREATIF DAN ARTISTIK

CT111 E2121 DIP. TEKNOLOGI KREATIF (SENI LAYAR)

CT112 E2122 DIP. TEKNOLOGI KREATIF (PENULISAN SENI LAYAR)

CT113 E2123 DIP. TEKNOLOGI KREATIF (SENI LAKON)

CT114 E2124 DIP. TEKNOLOGI KREATIF (PENGURUSAN SENI)

FAKULTI KEJURUTERAAN AWAM

EC110 E2410 DIP. KEJ. AWAM

EC111 E2413 DIP. KEJ. AWAM (PEMBINAAN)

EC112 E2412 DIP. KEJ. AWAM (KHIDMAT BANGUNAN & PENYELENGGARAAN)

FAKULTI KEJURUTERAAN ELEKTRIK

EE111 E2425 DIP. KEJ. ELEKTRIK (ELEKTRONIK)

EE112 E2421 DIP. KEJ. ELEKTRIK (KUASA)

EE113 E2424 DIP. KEJ. ELEKTRIK (PERALATAN)

FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA

EH110 E2440 DIP. KEJ. KIMIA

FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL

EM110 E2430 DIP. KEJ. MEKANIKAL

FAKULTI PENGURUSAN HOTEL DAN PELANCONGAN

HM110 E2240 DIP. PENGURUSAN HOTEL

HM111 E2241 DIP. PENGURUSAN PELANCONGAN

HM112 E2243 DIP. PENGURUSAN PERKHIDMATAN MAKANAN

HM115 E2242 DIP. SENI KULINARI

FAKULTI SAINS KESIHATAN

HS110 E2031 DIP. KEJURURAWATAN

HS111 E2033 DIP. TEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN

HS112 E2037 DIP. PENGIMEJAN PERUBATAN

HS113 E2036 DIP. KESIHATAN PERSEKITARAN

HS114 E2035 DIP. FISIOTERAPI

HS115 E2034 DIP. PEMULIHAN CARA KERJA

FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT

IS110 E2201 DIP. PENGURUSAN MAKLUMAT

FAKULTI KOMUNIKASI DAN PENGAJIAN MEDIA

MC110 E2130 DIP. KOMUNIKASI DAN MEDIA #

FAKULTI MUZIK

MU110 E2112 DIP. SENI MUZIK #

FAKULTI PENGURUSAN & TEKNOLOGI PEJABAT

OM114 E2250 DIP. PENGURUSAN DAN TEKNOLOGI PEJABAT

FAKULTI FARMASI

PH110 E2060 DIP. FARMASI

FAKULTI SAINS SUKAN DAN REKREASI

SR113 E2260 DIP. PENGAJIAN SUKAN #

Wednesday, March 2, 2011

Program Diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2011/2014 kini dibuka untuk permohonan.



PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN 2011/2014

Permohonan-Kemasukan

Program Diploma Tahfiz Al-Quran sesi 2011/2014 kini dibuka untuk permohonan.

Syarat-syarat permohonan - klik disini

Mohon dalam talian - klik disini

Muat turun borang - klik disini


INGIN KEPASTIAN ??KLIK DAN LAYARI LAMAN WEB RASMI DARUL QURAN

USIM : Memartabatkan kecemerlangan ilmu dan insan.


Pengenalan


Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) merupakan sebuah Universiti Islam Malaysia yang pertama ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia di permulaan abad ke-21. Ia merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam yang ke-12 di negara ini dan didaftarkan dengan nama Universiti Sains Islam Malaysia (sebelum ini dikenali dengan nama Kolej Universiti Islam Malaysia). Di antara tujuan penubuhan USIM ialah memartabatkan pendidikan Islam serta membawanya ke dalam arus perdana pendidikan negara dan menekankan penggunaan teknologi maklumat dalam sistem pengajaran dan penyelidikannya. Penguasaan bahasa Arab dan Inggeris di samping bahasa kebangsaan juga menjadi tumpuan.

Dalam usaha mempastikan matlamat tersebut terlaksana, USIM menetapkan enrolmen pelajarnya terhad supaya tumpuan khusus dapat diberikan untuk membina ketrampilan, kebolehan dan disiplin serta keimanan yang jitu di kalangan pelajar.

Kini USIM mempunyai 8 buah fakulti iaitu:

  • Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS)
  • Fakulti Kepimpinan & Pengurusan (FKP)
  • Fakulti Syariah & Undang-Undang (FSU)
  • Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM)
  • Fakulti Sains & Teknologi (FST)
  • Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK)
  • Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
  • Fakulti Pergigian (FPg)

Selain itu, USIM juga memberikan tumpuan utama kepada pengajian peringkat siswazah. Adalah dirancangkan 40 peratus daripada enrolmen pelajarnya ialah calon-calon pascasiswazah. Ini bermakna selain daripada tanggungjawab mendidik, USIM juga menjadi institusi penyelidikan yang utama sebagai teras pengukuhan bidang pengajiannya.

Kenapa Memilih USIM?



  • USIM adalah sebuah IPTA yang unik, menawarkan program pengajian (double major) dalam pelbagai bidang
  • USIM adalah satu-satunya IPTA yang menawarkan semua program pengajiannya berteraskan pendidikan Islam (usaha pengembalian zaman kegemilangan ilmuan Islam).
  • Program pengajiannya diolah untuk melahirkan graduan yang memenuhi keperluan pelbagai industri, luas ilmu dan pengetahuan, menguasai bahasa Arab dan bahasa Inggeris, serta mantap dengan ciri-ciri kemahiran insaniah.
  • Tenaga pengajar USIM menggabungkan tenaga pengajar tempatan dan antarabangsa, yang mempunyai kelayakan dan pengalaman luas, pakar dan terkenal dalam bidang masing-masing.


KemudahanCetakEmel
Dengar

DEWAN KULIAH

DEWAN PEPERIKSAAN

MAKMAL SAINS
MAHKAMAH MOOT

PERPUSTAKAAN

BANGUNAN FAKULTI

BANGUNAN FAKULTI
PUSAT KESIHATAN

MAKMAL KAUNSELING

MAKMAL KAUNSELING

STUDIO RADIO

MAKMAL FOOD BIOTECHNOLOGY

PERKHIDMATAN WIRELESS DI SELURUH KAMPUS

MAKMAL KOMPUTER

RIADAH

PUSAT KHIDMAT SETEMPAT

KEMUDAHAN PENERBITAN

PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN

KOLEJ KEDIAMAN

KOLEJ KEDIAMAN

PAVILION & TREK SINTETIK

GIMNASIUM

KEMUDAHAN AKTIVITI KOKURIKULUM

KEMUDAHAN AKTIVITI KO-KURIKULUM

KEDAI SERBANEKA

KAFETERIA

KAFETERIA
Lokasi Kampus


KAMPUS TETAP, BANDAR BARU NILAI
71800, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia


Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas


KAMPUS PANDAN INDAH
Menara B , Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama, 55100 Kuala Lumpur, Malaysia


Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas

Program Tahmidi



Program Tamhidi (Matrikulasi, Asasi atau Pra-Universiti) adalah bertujuan untuk menyediakan para pelajar bagi kemasukan ke tahun pertama pelbagai program Ijazah Sarjana Muda USIM. Program ini adalah untuk menepati misi, visi, wawasan dan objektif penubuhan USIM yang ada, iaitu menerusi penekanan kepada aspek pemartabatan Pendidikan Islam, membina kesepaduan antara teori dan amali, melahirkan ilmuan Islam dan juga mengembalikan tradisi keilmuan Islam bersesuaian dengan persekitran teknologi terkini.


Program Yang Ditawarkan:


A. Tamhidi Perubatan

Program perintis ini telah bermula pada Jun 2004 untuk menyediakan tempat kepada para pelajar lepasan SPM bagi kemasukan ke program Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri. Hanya para pelajar yang lulus dengan baik sahaja dalam program ini akan diserapkan ke program Ijazah itu.


B. Tamhidi Sains dan Teknologi

Program ini telah bermula pada Julai 2005 untuk menyediakan tempat kepada para pelajar lepasan SPM bagi kemasukan ke pelbagai program Sarjana Muda di Fakulti Sains dan Teknologi dalam program berikut:

  • Bioteknologi Makanan
  • Sains Aktuari dan Pengurusan Risiko
  • Keselamatan dan Jaminan Maklumat
  • Matematik Kewangan


C. Tamhidi Syariah dan Undang-Undang

Program ini telah bermula pada Julai 2005 untuk menyediakan tempat kepada para pelajar lepasan SPM bagi kemasukan ke program Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang di Fakulti Syariah dan Undang-Undang mengikuti:

  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang

D. Tamhidi Perakaunan dan Muamalat

Program ini telah bermula pada Julai 2006 untuk menyediakan para pelajar Lepasan SPM bagi kemasukan ke program yand ditawarkan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat:

  • Sarjana Muda Perakaunan Dengan Kepujian; dan
  • Sarjana Muda Pertadbiran Muamalat Dengan Kepujian

E. Tamhidi Pergigian

Program ini telah bermula pada Julai 2006 untuk menyediakan tempat kepada para pelajar lepasan SPM bagi kemasukan ke program professional:

  • Sarjana Muda Pembedahan Pergigian

Hanya para pelajar yang lulus dengan baik sahaja dalam program ini akan diserapkan ke program Ijazah itu.

Kemudahan

Kemudahan yang disediakan :

  • Perpustakaan
  • Makmal Sains
  • Makmal komputer berinternet
  • Bilik kuliah
  • Asrama
  • Kemudahan sukan

*Semua maklumat tertakluk pada perubahan terakhir.

Ingin mengetahui mengenai USIM layarilah http://www.usim.edu.my









Monday, February 21, 2011

Pesanan Ustaz Abdullah ......


20 Februari : Untuk pengetahuan semua Ahli, sebaik sahaja mengetahui tarikh sebenar keputusan SPM 2010 keluar. Ustaz Abdullah mengharapkan kepada semua Ahli QG93 dapat menghadirinya dengan Pemakaian Yang Sopan dan Baik...Perkara ini telah menjadi tirbulasi kpd Organisasi ini apabila ditegur seorang guru dan membawa ucapannya di Dataran Perhimpunan SMTAQ pada minggu lalu...DIHARAPKAN AHLI QG93 dapat menanganinya dengan baik...

p/s CADANGAN ADMIN ...DATANG SECARA KELOMPOK DAN MEMAKAI BAJU QG93...

Wednesday, February 9, 2011

6 Ahli QG93 mengambil Diploma dalam Al-Quran & Qiraat


Seramai 6 orang ahli QG93 secara rasminya pada minggu lalu telah mengambil Jurusan Diploma dalam Al-Quran & Qiraat di Institute Maahad Tahfiz Masjid Saidina Ali.

  1. Muhammad Faiz bin Aziz
  2. Muhammad Fakhrur Radzi bin Jasmin
  3. Muhammad Taqi bin Abdul Jalil
  4. Ahmad Fathullah bin Abdul Raup
  5. Muhammad Afnan bin Mohd Faizal
  6. Muhammad Faridzuan bin Mohd Yunus
Pihak QG93 berharap pelajar-pelajar ini dapat menimba ilmu dengan baik dan gigih...

Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook