Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi nikmat iman dan islam. Masih diberi peluang untuk membaca entri log Qg93 ini. Rasanya sudah berkurun blog ini tidak diupdate kerana admin yg lain sangat2 sibuk menguruskan urusan yang lebih penting lagi. Di kesempatan ini saya mempersembahkan Syair Taubat dan Huraiannya oleh Sang Rajuna Tempe
الهى لست للفردوس أهلا
“wahai tuhanku! Aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurga FirdausMu.”
Hurian: kita sebagai manusia adakah kita layak memasuki syurga Allah dengan hanya kita solat sehari semalam atau menginfakkan segala harta teteapi kita tidak meminta rahmat dripada Allah. Kerana Rahmat Allah Lebih Besar daripada apa-apa yang ada di dunia ini. Perjuangankan untuk diri anda mendapat rahmat Allah.
ولا أقوى على نار الجحيم
“Namun aku tidak kuasa (tidak sanggup) untuk menanggung azab pedih api neraka .”
huraian: Azab api neraka sangatlah pedih tidak terperi. maka benarlah ia menghukum dan membalas kejahatan yg di lakukan anak adam semasa di dunia. Tiada manusia pun yg berharap memasuki neraka. Bahkan orang kafir pun berharap memasuki Syurga walaupun mereka itu berada dalam kesesatan ketuhanan yang nyata.
فهب لى توبة و اغفر ذنوبى
“Maka terimalah taubatku dan ampunkanlah dosa-dosaku.”
huraian: Biarlah dosa mu menggunung bak everest dan seluas lautan. Beralihlah ke pintu taubat daripada lembah kemaksiatan. Allah dah bagi can dah nak buat rayuan untuk tebus balik kesalahan. dan kerana egois, maka rugi lah orang2 sebegitu rupa
فانك غافرالذنب العظيم
“Kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengampuni dosa yang besar.”
Huraian: bilang saja ape dosa Allah tak ampun kan.kecil atau besar Semua Allah ampunkan. Selagi tidak mencapai tahap mempersekutukan NYA. Namun Ada juga ulama yang berpendapat Syirik juga Diampunkan dengan Alasan-alasan tertentu.
ذنوبى مثل اعداد الرمال
“Dosa-dosaku terlalu banyak seumpama pepasir.”
Huraian: jika di kira satu perstu pepasir yg berada di tepi pantai pun sudah banyak. menunjukkan istilah banyak yg tidak terkira banyakya. Masih Juga Allah YAng memberi Pengampunan ingin menampunkan dosa bak buih2 di lautan pantai.
فهب لى توبة يا ذاالجلال
“Maka terimalah taubatku ya Allah, Wahai tuhan Yang mempunyai Kebesaran.”
huraian: Taubat itu perlu di usahakan atas niat. Niat pula perlulah di perbaharui dari semasa ke semasa. berazam meninggalkan perbuatan maksiat boleh di lakukan bila-bila masa sahaja. Kerana niat itu berada di dalam hati dan amal perbuatan kita yang menzahirkan niat itu.

وعمرى ناقص فى كل يوم
“Umurku setiap hari semakin berkurangan.”
huraian: Waktu umur yang di kurniakan Allah pada kita amatlah terbatas. Semakin tua semakin dekat dengan bau-bau tanah. Tetapi ajal itu tidak mengenal usia. Seperti cinta. Ia boleh terjadi pada yang muda sebelum sampai waktu Tua. Mintalah padaNya tika mati nanti dalam kebahagiaan dalam LAILAHAILLAH..

وذنبى زائد كيف احتمال
“Sedangkan dosaku semakin bertambah, bagaimana aku mampu menanggung ini semua.”
Huraian: Buat dosa nie nasib baik tak berbau. kalaulah Allah tetapkan dosa itu berbau. Maka tak dapat di nafikan banyaklah orang-orang yang berbau. Syukur pada Allah.
Huraian: Buat dosa nie nasib baik tak berbau. kalaulah Allah tetapkan dosa itu berbau. Maka tak dapat di nafikan banyaklah orang-orang yang berbau. Syukur pada Allah.
الهى عبدك العاصى اتاك
“Wahai tuhanku! Inilah hambaMu yang derhaka datang kepadaMu”
huraian: Takutlah kita kepada Azab Allah yang akan mengazab kepada Si penderhaka. Penderhaka itu bongkak dan berbangga dengan kemaksiatan dan dosanya. Di Gelar penderhaka selagi tidak bertaubat padaNya.

مقرا بالذنوب وقد دعاك
“Dalam keadaan benar-benar insaf dan mengakui dengan sekelian dosa yang ada, sesungguhnya hambaMu ini berdoa dan merayu kepadaMu.”
Huraian: Bertaubatlah bersungguh-sungguh seperti tiada lagi hari esok untuk dilalui.
Itu lah sedikit syair taubat dari admin. Taubat kerana dah lama tak update blog. Ya Allah ampunkan aku. Kerana tidak menjalankan amanah yang Engkau berikan Pada ku...
# maap kawan admin lain sebab x gitau nak ubah. sebab aku tengok sarat sangat.
No comments:
Post a Comment