Saturday, March 24, 2012

Bersama Ahli QG di luar Negara

Assalamualaikum wrt. Di pagi yang sepoi-sepoi bahasa ni. Saya ingin memperkenalkan segmen terbaru di dalam blog QG ini. Setelah mendapat perkenan dari semua pihak serta cadangan bernas dari seorang hamba Allah yang cerdik. Setiap tiga bulan Admin akan mewawancara Ahli QG yang kini dalam berjuang mengejar cita-cita di pusat-pusat pengajian dalam dan luar negara.. 

Pada kali ini, untuk pertama kali. Ahli QG yang terpilih Adalah Saudara Muhammad Farid Wajdi Bin SM Murad. Beliau yang kini menetap di Alor Gajah menyambung pengajian di luar negara, Iaitu di 
Universitas Islam Negeri Syarif Kasim Riau, Indonesia, Admin menemuramah  saudara Muhammad Farid Wajdi menggunakan Skype.( Wah! maju gitu). Ikuti wawancara berikut:


Muhammad farid wajdi(kiri) bersama kawan di UIN Syarif Kassim



Assalamualaikum WRT. Apa khabar? Adakah Saudara baik-baik aja?

Wa`alaikumussalam wrt. Alhamdulillah Ana masih diberikan nikmat iman
 dan islam untuk berskype dengan saudara (ketawa) dan ana juga sihat wal afiat.



(-Wah! ayat manis-he3) Adakah saudara gembira dengan kedaan tempat 
belajar sekarang dan difahamkan saudara belajar di luar negara. Adakah saudara 
terkesan dengan kejutan budaya di negara tersebut ? Silakan

Temuramah kot.Ayat mesti manis.Hehe(bergurau) Uishh.Soalan cepumas ni.
Insya`allah ana akan cuba memberikan respon sebaik mungkin.Pada pandangan ana 
 yang daif ini,belajar di mana-mana pun sama saja..Cuma yang penting kesungguhan untuk mencapai ilmu serta dapat manfaatkan pada hari mendatang...Kalau hendak  kata ana terkesan dengan kejutan budaya. Ana rasa tidak kerana suasana atau bia'ah di sini jika dibandingkan dengan negara tercinta Malaysia. Tidak jauh perbezaannya. Namun ana tekankan di sini  kita kena pandai-pandai memperingatkan diri semasa menyambung pengajian di negeri orang. Insya`allah kita berjaya..hehe

Boleh saudara terangkan sedikit tentang pengajian yang saudara ambil sekarang?
Satu soalan yang bijak dari manusia yang sememangnya bijak. (bergurau senda) Ana kini berada di sem dua di Universiti Islam Negeri Sultan Syarif  Kasim. Ana dalam fakulti syriah dan ilmu hukum mengikuti Jurusan Jinayah Siyasah Islamiyah.

Ceritakan kelebihan jurusan pilihan saudara ini? Daripada segi sambung belajar dan kerjaya?

owhh..ok..emm.. Di universiti ini,ana mengambil jurusan tersebut adalah ana ingin meneroka cabang-cabang ilmu islam dan memperkukuhkan serta menambah ilmu di dada(sambil menumbuk dada)  Ana ingin telitikan di sini jurusan yang ana ambil adalah Ijazah Sarjana Muda. Tempoh pengajian selama Empat tahun. Muktamad. Asalkan pointer kena 3.0 ke atas..Barulah Kerajaan  Malaysia mengiktraf pengajian yang saya ikuti. Dari segi kerjaya pula ana lebih cenderung kepada institusi kehakiman syariah di negara kita.  Ana mempunyai impian untuk memegang jawatan-jawatan tertinggi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, seperti
-Ketua Hakim Syariah Negara-
-Pengerusi Majlis Fiqh Sedunia-
-Ketua Ugama Majlis Ulamak Indonesia-

Siapakah insan yang memberi galakkan kepada saudara untuk mengikuti pengajian di sana. 
Mungkin ada insan istimewa selain keluarga dan kawan-kawan (bergurau)?

emmm.....Ramai insan yang turut serta dalam mencorakkan pemikiran saya untuk membuat keputusan ini. Antaranya sudah tentu Ibubapa ana yang tidak putus-putus memberi
galakkan dan dorongan untuk terus dalam mencari ilmu di sini.Tanpa doa dan nasihat mereka tiadalah bermakna ana belajar di sini. .. Ana juga mendapat galakkan daripada bekas-bekas guru ana seperti Alfadil Ustaz Ismail Bin Yaacob,Ustaz Dahlan serta guru-guru lain . Selain itu, Sahabat-sahabat ana banyak menyokong dalam ana buat keputusan. Insan istimewa?(ketawa) Adalah rahsia...


Untuk yang terakhir, apakah harapan dan juga misi masa hadapan saudara?

 Harapan ana adalah  marilah kita sama-sama memantapkan diri dengan ilmu agama. Ilmu agama sangat penting kepada individu-individu islam. Sekurang-kurangnya kita tahu apa yang terkandung dalam hukum-hukum islam secara am. Ana berkata sedemikian kerana pada zaman facebook hari ini kita melihat umat islam hanya tahu mengikut  secara membabi buta tanpa mengetahui asal sesuatu hukum itu terbit.
Sekalung terima kasih kerana sudi memilih ana untuk menjadi pilihan pertama dalam segmen temuramah ini, walaupun hanya berskype sahaja(ketawa) Sehingga berjumpa lagi. Assalamualaikum.


*Terima kasih sebab sudi ditemuramah*

Wednesday, March 14, 2012

Anjakan Paradigma Siri ke-2

Program Anjakan Paradigma siri ke-2 ini telah berlangsung dengan jayanya pada 14 Haribulan Oktober 2011(14.10.11) di SMTAQ.Program ini dianjurkan oleh Alumni QG93 dengan kerjasama oleh unit kaunseling dan unit asrama SMTAQ.Program ini disertai oleh Pelajar Tingkatan 5 pada tahun tersebut.Program ini menyambung tradisi dalam memartabatkan ilmu di kalangan pelajar.Dengan kekuatan ahli pengajar sebanyak 10 orang ahli QG93(nama akan disebut kemudian) program ini berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.Terdapat banyak kenangan pahit dan manis sebelum, semasa dan selepas program ini dilaksana.Kami dari pihak QG93 mendoakan supaya Pelajar SPM pada tahun 2011 akan mencapai kejayaan dan seterusnya menggapai impian masing-masing.Insyaallah.......(untuk gambar sila tekan link ini{http://www.facebook.com/media/set/?set=a.403848939641032.108396.100000477889765&type=3&l=b3b3295be5}harap maaf sebab line tak berapa elok.akan diperbaiki.Insyallah)

Saturday, March 10, 2012

JADUAL PIKOM PC FAir 2012

Assalamualaikum. rasanya ramai yg tercari-cari pasal jadual pikom pc. Setelah lama mencari, akhirnya jumpa jugak Jadual  PIKOM PC Fair nih. Jadual di bawah adalah Tarikh dan Lokasi PIKOM PC Fair 2012 (1).


Bukan apapun, barang IT yang ditawarkan lebih murah dari biasa. Jadi, memang rugilah kalau tak jengahkan? Tapi sayang, lokasi di melaka lambat lagilaa. Hurm..menunggulah jawabnya.

sumber dari  http://pikom.org.my


Friday, March 9, 2012

Taubat itu Manisnya Kurma INI.



Assalamualaikum wrt. Alhamdulillah diberi nikmat iman dan islam. Masih diberi peluang untuk membaca entri log Qg93 ini.  Rasanya sudah berkurun blog ini tidak diupdate kerana admin yg lain sangat2 sibuk menguruskan urusan yang lebih penting lagi. Di kesempatan ini saya mempersembahkan Syair Taubat dan Huraiannya oleh Sang Rajuna Tempe




الهى لست للفردوس أهلا 


“wahai tuhanku! Aku tidak layak untuk masuk ke dalam syurga FirdausMu.”
Hurian: kita sebagai manusia adakah kita layak memasuki syurga Allah dengan hanya kita solat sehari semalam atau menginfakkan segala harta teteapi kita tidak meminta rahmat dripada Allah. Kerana Rahmat Allah Lebih Besar daripada apa-apa yang ada di dunia ini. Perjuangankan untuk diri anda mendapat rahmat Allah.


ولا أقوى على نار الجحيم

“Namun aku tidak kuasa (tidak sanggup) untuk menanggung azab pedih api neraka .” 

huraian: Azab api neraka sangatlah pedih tidak terperi. maka benarlah ia menghukum dan membalas kejahatan yg di lakukan anak adam semasa di dunia. Tiada manusia pun yg berharap memasuki neraka. Bahkan orang kafir pun berharap memasuki Syurga walaupun mereka itu berada dalam kesesatan ketuhanan yang nyata.



فهب لى توبة و اغفر ذنوبى

“Maka terimalah taubatku dan ampunkanlah dosa-dosaku.”

huraian: Biarlah dosa mu menggunung bak everest dan seluas lautan. Beralihlah ke pintu taubat daripada lembah kemaksiatan. Allah dah bagi can dah nak buat rayuan untuk tebus balik kesalahan. dan kerana egois, maka rugi lah orang2 sebegitu rupa



فانك غافرالذنب العظيم

“Kerana sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengampuni dosa yang besar.”

Huraian: bilang saja ape dosa Allah tak ampun kan.kecil atau besar Semua Allah ampunkan. Selagi tidak mencapai tahap mempersekutukan NYA. Namun Ada juga ulama yang berpendapat Syirik juga Diampunkan dengan Alasan-alasan tertentu.



ذنوبى مثل اعداد الرمال

“Dosa-dosaku terlalu banyak seumpama pepasir.”

Huraian: jika di kira satu perstu pepasir yg berada di tepi pantai pun sudah banyak. menunjukkan istilah banyak yg tidak terkira banyakya. Masih Juga Allah YAng memberi Pengampunan ingin menampunkan dosa bak buih2 di lautan pantai.



فهب لى توبة يا ذاالجلال

“Maka terimalah taubatku ya Allah, Wahai tuhan Yang mempunyai Kebesaran.”
huraian: Taubat itu perlu di usahakan atas niat. Niat pula perlulah di perbaharui dari semasa ke semasa. berazam meninggalkan perbuatan maksiat boleh di lakukan  bila-bila masa sahaja. Kerana niat itu berada di dalam hati dan amal perbuatan kita yang menzahirkan niat itu.



وعمرى ناقص فى كل يوم 

“Umurku setiap hari semakin berkurangan.”
huraian: Waktu umur yang di kurniakan Allah pada kita amatlah terbatas.  Semakin tua semakin dekat dengan bau-bau tanah. Tetapi ajal itu tidak mengenal usia. Seperti cinta. Ia boleh terjadi pada yang muda sebelum sampai waktu Tua. Mintalah padaNya tika mati nanti dalam kebahagiaan dalam LAILAHAILLAH..



وذنبى زائد كيف احتمال

“Sedangkan dosaku semakin bertambah, bagaimana aku mampu menanggung ini semua.
Huraian:  Buat dosa nie nasib baik tak berbau. kalaulah Allah tetapkan dosa itu berbau. Maka tak dapat di nafikan banyaklah orang-orang yang berbau. Syukur pada Allah. 




الهى عبدك العاصى اتاك

“Wahai tuhanku! Inilah hambaMu yang derhaka datang kepadaMu”
huraian: Takutlah kita kepada Azab Allah yang akan mengazab kepada Si penderhaka. Penderhaka itu bongkak dan berbangga dengan kemaksiatan dan dosanya. Di Gelar penderhaka selagi tidak bertaubat padaNya.



مقرا بالذنوب وقد دعاك

“Dalam keadaan benar-benar insaf dan mengakui dengan sekelian dosa yang ada, sesungguhnya hambaMu ini berdoa dan merayu kepadaMu.”
Huraian: Bertaubatlah bersungguh-sungguh seperti tiada lagi hari esok untuk dilalui. 


Itu lah sedikit syair taubat dari admin.  Taubat kerana dah lama tak update blog. Ya Allah ampunkan aku. Kerana tidak menjalankan amanah yang Engkau berikan Pada ku...



# maap kawan admin lain sebab x gitau nak ubah. sebab aku tengok sarat sangat.

Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook