Tuesday, April 26, 2011

PROGRAM ANJAKAN PARADIGMA SIRI 1/2011


FASI-FASI PRORAM
TEMPAT    : SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN (JAIM), CHENDERAH, 77000                    
                     JASIN MELAKA.
TARIKH     : 9 – 10 APRIL 2011
ANJURAN : BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN 2010
TEMA        : MELAKUKAN LONJAKAN DEMI SUATU KEJAYAAN
DENGAN KERJASAMA :  UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
                                            UNIT ASRAMA
SUASANA PEMBELAJARAN ELAJAR TINGKATAN 3

PENDAHULUAN

PEMERHATI DARI SMSKM
SPM merupakan satu langkah yang amat penting dalam menjamin masa hadapan dan hala tuju pelajar-pelajar bagi mencapai kejayaan. Hal ini demikian kerana, SPM merupakan tangga pertama dalam menempuh alam berikutnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan. SPM juga merupakan tiket utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana pusat pengajian.Hal ini demikian kerana, menuntut ilmu merupakan satu kewajipan dan tuntutan oleh agama kita. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar perlu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mereka untuk menyambung pengajian. Justeru itu, kami bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran 2010 yang telah berjaya dalam SPM 2010 ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang tidak seberapa ini untuk di curahkan kepada pelajar-pelajar SPM 2011 agar legasi kegemilangan SMTAQ dapat diteruskan. Oleh sebab itu, kami bekas pelajar SMTAQ 2010 akan berkampung di SMTAQ selama beberapa hari untuk memenuhi objektif kami.


OBJEKTIF

SEDANG MENGUMPUL BAHAN
·         Berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu untuk dikongsi bersama dengan pelajar-pelajar tingkatan 5 SMTAQ 2011.
·         Menanamkan semangat dan azam yang tinggi kepada pelajar untuk menghadapi SPM 2011.
·          Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan bekas-bekas pelajar SMTAQ 2010
·         Menyedarkan pelajar-pelajar SPM 2011 betapa pentingnya mereka kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara dengan menjadi seseorang yang berilmu.
·         Melatih pelajar untuk belajar dalam kumpulan dengan kaedah yang lebih berkesan.



SASARAN

·         Pelajar Tingkatan 3
·         Pelajar Tingkatan 5

SUASANA PEMBELAJARAN TINGKATAN 5
PENCERAPAN BAHAN
       

AHLI JAWATANKUASA

PENAUNG
Ustaz Haji Ismail bin Yaacob

PENASIHAT
      Ustaz Abdullah bin Jantan
         Ustaz Mohd Azlan bin Abu Qasim
                                                           
   PENYELARAS
       Ustaz Khuraim Asadi bin Haji Che Zam

     PENOLONG PENYELARAS
   Ustaz Hasbullah

 KETUA PROGRAM
   Badrul Huzaimi bin Saharudin

PENOLONG KETUA
Muhammad Alif bin Abd Aziz

SETIAUSAHA
Mohammad Shafiq bin Azman

PENOLONG SETIAUSAHA
     Muhammad Muzakkir bin Mamad

BENDAHARI
Muhammad Azhan bin Rahim

PENOLONG BENDAHARI
Umar Hamzah bin Suaibunaha

UNIT KAUNSELING
Muhammad Faridzuan bin Yunus 

PENUTUP


KELAS BAHASA ARAB
        Kami di pihak penganjur amat berharap agar program ini dapat memberikan sedikit manfaat dan perubahan kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2011. Selain itu, kami juga berharap agar program ini dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran. Kami di pihak penganjur amat berharap semoga pihak pentadbiran Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran dapat memberi sokongan dan kerjasama bagi meluluskan usaha murni ini dalam merealisasikan kecemerlangan huffaz dalam pelajaran bukan sahaja dalam bidang tahfiz. Segala kerjasama dan bantuan daripada pihak Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran dalam merealisasikan program ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

1 comment:

  1. The wire service for casinos in Florida - JTVH
    It's the same technology as casino games, so the machines get more 상주 출장샵 of the 대전광역 출장마사지 action. It 속초 출장안마 offers both a casino 영주 출장마사지 player and casino 김제 출장샵 operator

    ReplyDelete

Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook