|
FASI-FASI PRORAM |
TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN (JAIM), CHENDERAH, 77000
JASIN MELAKA.
TARIKH : 9 – 10 APRIL 2011
ANJURAN : BEKAS PELAJAR SEKOLAH MENENGAH TAHFIZ AL-QURAN 2010
TEMA : MELAKUKAN LONJAKAN DEMI SUATU KEJAYAAN
DENGAN KERJASAMA : UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
UNIT ASRAMA
|
SUASANA PEMBELAJARAN ELAJAR TINGKATAN 3 |
PENDAHULUAN
|
PEMERHATI DARI SMSKM |
SPM merupakan satu langkah yang amat penting dalam menjamin masa hadapan dan hala tuju pelajar-pelajar bagi mencapai kejayaan. Hal ini demikian kerana, SPM merupakan tangga pertama dalam menempuh alam berikutnya yang penuh dengan cabaran dan dugaan. SPM juga merupakan tiket utama untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana pusat pengajian.Hal ini demikian kerana, menuntut ilmu merupakan satu kewajipan dan tuntutan oleh agama kita. Oleh sebab itu, pelajar-pelajar perlu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM mereka untuk menyambung pengajian. Justeru itu, kami bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran 2010 yang telah berjaya dalam SPM 2010 ingin berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu yang tidak seberapa ini untuk di curahkan kepada pelajar-pelajar SPM 2011 agar legasi kegemilangan SMTAQ dapat diteruskan. Oleh sebab itu, kami bekas pelajar SMTAQ 2010 akan berkampung di SMTAQ selama beberapa hari untuk memenuhi objektif kami.
OBJEKTIF
|
SEDANG MENGUMPUL BAHAN |
· Berkongsi sedikit pengalaman dan ilmu untuk dikongsi bersama dengan pelajar-pelajar tingkatan 5 SMTAQ 2011.
· Menanamkan semangat dan azam yang tinggi kepada pelajar untuk menghadapi SPM 2011.
· Mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan bekas-bekas pelajar SMTAQ 2010
· Menyedarkan pelajar-pelajar SPM 2011 betapa pentingnya mereka kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara dengan menjadi seseorang yang berilmu.
· Melatih pelajar untuk belajar dalam kumpulan dengan kaedah yang lebih berkesan.
SASARAN
· Pelajar Tingkatan 3
· Pelajar Tingkatan 5
|
SUASANA PEMBELAJARAN TINGKATAN 5 |
|
PENCERAPAN BAHAN |
AHLI JAWATANKUASA
PENAUNG
Ustaz Haji Ismail bin Yaacob
PENASIHAT
Ustaz Abdullah bin Jantan
Ustaz Mohd Azlan bin Abu Qasim
Ustaz Khuraim Asadi bin Haji Che Zam
KETUA PROGRAM
Badrul Huzaimi bin Saharudin
PENOLONG KETUA
Muhammad Alif bin Abd Aziz
SETIAUSAHA
Mohammad Shafiq bin Azman
PENOLONG SETIAUSAHA
Muhammad Muzakkir bin Mamad
BENDAHARI
Muhammad Azhan bin Rahim
PENOLONG BENDAHARI
Umar Hamzah bin Suaibunaha
UNIT KAUNSELING
Muhammad Faridzuan bin Yunus
PENUTUP
|
KELAS BAHASA ARAB |
Kami di pihak penganjur amat berharap agar program ini dapat memberikan sedikit manfaat dan perubahan kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2011. Selain itu, kami juga berharap agar program ini dapat mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dan bekas pelajar-pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran. Kami di pihak penganjur amat berharap semoga pihak pentadbiran Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran dapat memberi sokongan dan kerjasama bagi meluluskan usaha murni ini dalam merealisasikan kecemerlangan huffaz dalam pelajaran bukan sahaja dalam bidang tahfiz. Segala kerjasama dan bantuan daripada pihak Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran dalam merealisasikan program ini kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.