Wednesday, December 29, 2010

Revolusi Blog Hamalatul Quran


Bermula pada hari ini blog QG93 akan berubah menjadi medan tarbiah dan dasar dakwah.Untuk menjadi sebuah generasi mithali yang bertapaknya islam di dalam hati, pihak blog akan menjadikan blog ini sebagai 'DAKWAH AKTIF ISLAMI'.Dengan revolusi ini pengurusan blog juga telah menambah ahli gerak kerja bagi merealisasikan MISI dan VISI QG93.Oleh itu antara ahli tersebut ialah saudara Muaz Yusuf, Fathullah, dan Nur Adnin. Diharapkan blog ini sentiasa aktif dan meminta kerjasama dari semua ahli QG93.

Friday, December 24, 2010

Program Sehari Melancong di Negeri Melaka


Pada 23 Dis yang lalu Quranic Generation 93 telah menganjurkan Program Sehari Melancong di Negeri Melaka.Program ini dimulai dengan berkumpulnya Ahli-Ahli QG93 di Melaka Sentral.Selepas itu kami secara berkelompok menuju ke Melaka Wonderland di Ayer Keroh.Walaupun ia agak mahal bayarannya tetapi agak berbaloi juga kerana kami dapat berseronok bersama-sama .Seterusnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Mahkota Parade.Di sana kami berhenti seketika untuk melaksanakan tanggungjawab kami sebagai seorang Muslim dengan menunaikan Solat Fardu Asar.Di Dataran Pahlawan pula kami mula makan tengahari.Selepas itu kami berpecah dalam beberapa kumpulan untuk menonton wayang,bermain boling serta PS game.Program kami tamat,kira-kira pada pukul 6.00 petang dan dihadiri seramai 25 orang ahli QG93.


Yusuf sedang berkhidmat memberikan beberapa kepingan coklat kepada ahli QG93 yang lain ketika di dalam bas

Pengerusi QG93 sedang mengagih-agihkan tiket

Bergambar bersama-sama

sedang bermain boling

Tuesday, December 21, 2010

Tamatlah SPM

Puan Bariah sedang mengkaji kertas soalan Ekonomi Asas bersama Ahli-Ahli QG93

Secara rasminya pada 20 DIS yang lalu,tamatlah sudah peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bagi ahli-ahli QG93.Bagi Kelas Tingkatan 5 Perakaunan,kertas terakhir yang mereka duduki ialah pada 16 Dis, manakala bagi Kelas Tingkatan 5 Syariah pula ,baharu tamat pada 20 Dis yang lalu.Meja Penulis mengingatkan kepada semua ahli-ahli QG93 agar jangan sesekali melafazkan perkataan "MERDEKA" kerana jalan perjuangan masih belum berakhir lagi.Pada waktu ini,disarankan ahli-ahli sekalian agar banyak membuat ibadah kepada Allah Taala kerana keputusan SPM masih belum diumumkan lagi di samping mendoakan pemeriksa yang menanda kertas SPM.

Pembelajaran terakhir Matapelajaran Ekonomi oleh Puan Nor Bariah binti Basiran

bacaan doa oleh seorang daripada ahli QG93

Pengawas Peperiksaan sedang bergambar dengan ahli-ahli QG93

Saturday, December 18, 2010

10 Bukti Perintis QG93

Majlis Makan Perpisahan Terakhir dan Pengagihan Baju Korporat

16 DIS 2010 : Selepas berakhirnya Peperiksaan Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah pada hari khamis yang lalu,sebuah majlis makan yang sederhana sempat diadakan sempana berakhirnya persekolahan bagi pelajar tahfiz QG93 di SMTAQ.Walaupun ia hanya diadakan berkadar sederhana sahaja tetapi ia mampu mencipta satu kenangan yang besar...


Kajian Terperici...

Majlis Reunion QG93


15 DIS 2010 :Telah dipersetujui oleh semua Ajk Tertinggi serta Ahli-ahlinya bahawa Tarikh reunion QG93 telah ditetapkan pada hari Ahad Pertama semasa waktu cuti sekolah pertengahan tahun sewaktu MUZAKARAH TERAKHIR QG93 .Sejurus perkara perkara tersebut bagi tahun 2011 ,tarikh reunion jatuh pada 4 JUN 2011.Pada awalnya, tarikh reunion diundi pada 16 september bertepatan dengan cuti 1 Malaysia, namun begitu terdapat bantahan daripada ahli QG93 yg lain bahawa cuti tersebut mungkin tidak tetap dan terlalu pendek.

Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook