Saturday, May 1, 2010

Jejak Dakwah Kumpulan 1

Pada 2-4 Mac yang lalu Kumpulan Huffaz Intelek merangkap ahli QG93 telah menyertai Program Jejak Dakwah di SDARY.

Sebagai merealisasikan kehendak masyarakat serta ibubapa bahawa pelajar SM Tahfiz perlu menguasai bidang kerohanian, maka Unit BADAR SMTAQ dengan beraninya menampilkan satu program diatas tajuk "JEJAK DAKWAH". Program yang menampilkan kumpulan seramai 12-15 orang pelajar tingkatan 5 akan hadir kesekolah asrama lain bagi mencurahkan khidmat bakti atas tiket kerohanian. Selain untuk memberanikan diri menyampaikan ilmu agama dihadapan pelajar sekolah lain aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim antara pelajar Tahfiz al-Quran dengan sekolah yang terlibat. Antara aktiviti kerohanian yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini ialah :

Imam Solat Fardu , Tazkirah selepas solat, Kuliah Maghrib dan Subuh, Bacaan Mathurat (Pagi & Petang), Solat Dhuha, Qiamullail, Halaqah al-Quran, Halaqah Usrah, Alunan zikir, Maulud Diba'i serta tambahan aktiviti lain seperti LDK , Curahan Kasih dan sukan persahabatan.

Untuk siri 1, Pelajar ini telah ke Asrama SMK Dato Abdul Rahman Ya'kub pada 2hb April - 4hb April 2010.

Syabas diucapkan terhadapa pelajar Huffaz yang telah menghabiskan program Jejak Dakwah dengan jayanya. InsyaAllah..segala kebaikan yang dicurahkan dengan penuh keikhlasan akan dijanjikan ganjaran oleh Allah S.W.T

Siri 2 Jejak Dakwah akan dijalankan pada tarikh dan waktu yang akan diberitahu kelak..Doakan kejayaan SMTAQ

No comments:

Post a Comment

Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook