Sunday, December 9, 2012

Politik: Dari Perspektif Pelajar

Assalamualaikum kepada warga QG93 semua....Apa Khabar??? Semoga iman dan amal kita bertambah dari hari ke hari In shaa Allah.Disini aq ingin menyelitkan sedikit ilmu yang berfaedah kepada kita semua...Semoga semua ahli QG93 dapat mencedok ilmu-ilmu yang bermanfaat dan seterusnya berkongsi titik persefahaman diantara kita sambil mengelakkan sebarang salah tanggapan dalam QG93.....

POLITIK: Dari Perspektif Pelajar

POLITIK.......Sudah menjadi kebiasaan manusia untuk berpolitik dari zaman dahulu lagi...kebanyakan kita sudah mengetahui apakah politik itu, disini aq ingin ketengahkan beberapa kumpulan yang dilihat dari satu sudut mengenai perspektif mereka dalam berpolitik......

  1. Orang yang taksub dalam politik: Disini kita dapat lihat bagaimana orang-orang yang amat suka pada politik sehinggakan politik itu menjadi satu kewajiban dan satu kemestian dalam kehidupan seharian mereka....Tatkala mereka  mendengar sesuatu berita, khabar angin, mahupun ceritera berkisarkan dengan politik, mulalah mereka menggunakan segenap ilmu yang mereka ada dalam menceritakan, menghebohkan, dan sebagainya dalam menerapkan ideologi mereka, membangkang di sana sini, menuduh bukan-bukan dan sebagainya
  2. Orang yang berada di pertengahan: Disini kita dapat lihat bagaiman orang-orang ini tidak mengambil minat yang kuat dalam bab-bab politik mahupun mencari peluang dalam menceburi ilmu politik...Mereka ini diibaratkan sebagai orang tengah, tidak terlampau taksub mahupun tidak terlampau jahil.
  3. Orang yang sensitif pabila mendengar tentang politik: Disini kita dapat lihat bagaimana orang-orang ini tidak langsung ambil perhatian mahupun ambil pengetahuan mengenai politik, seolah-olah politik ini bagaikan penyakit bagi mereka.(Ada sebahagian orang tidak boleh mendengar perkataan ‘politik’.  Bau politik pun mereka sudah ter’bersin’.  Alergik bagi mereka.  Kata mereka lagi, mereka bencikan politik kerana politik itu kotor.)Quote dari (http://muzir.wordpress.com/2012/11/07/setiap-muslim-mesti-berpolitik)


Disini marilah kita melihat dari sudut pelajar pula.........

  1. Pelajar yang menjadi orang yang taksub akan tidak semena-mena akan bangkit dan melaungkan slogan yang mereka dengar dan fikirkan tanpa segan silu...Seolah olah mereka adalah ketua mahupun orang besar dalam kampus.Risiko menjadi orang sedemikian ialah mereka terlampau taksud sehinggakan mereka tidak menjaga apa-apa yang ada di sekeliling mereka terutamanya masa yang terluang....Mereka sudah tentu akan menggunakan masa yang terluang dalam menambah ilmu tentang bagaimana nak membesarkan pengaruh mereka dan sebagainya...Sebagai seorang pelajar kita terikat dengan pelajaran.Sekiranya orang ini tidak membahagikan masa,maka masa depan mereka tidak akan cerah mahupun bergemerlapan di masa akan datang.
  2. Pelajar yang menjadi orang tengah akan berasa sangsi dengan keadaan mereka..samada mereka ini yakin dengan diri sendiri dalam mengatakan sesuatu mahupun tidak.Mereka seolah-olah tidak mempunyai pendirian yang tetap dalam mengetahui sesuatu perkara.....Risiko menjadi orang sedemikian ialah mereka tidak mampu untuk memilih sesiapa yang mereka sokong kerana mereka berada di tengah,melihat kedua-dua arah tanpa mengambil keputusan samada yang mana lebih baik mahupun mana yang buruk..........Selain mereka dapat mengimbangkan politik dan pelajaran, mereka cuma kurang keyakinan diri dalam membawa diri mereka ke satu tahap yang lebih tinggi lagi....
  3. Pelajar yang menjadi orang yang tidak ingin ambil tahu ataupun sensitif terhadap politik akan menimbulkan huru-hara yang tak terkata....Merekalah yang dikatakan orang yang porak-perandakan keadaan sekeliling...Ini dapat diketahui dari perangai mereka yang tidak suka belajar, kuat melepak dan sebagainya....Risiko menjadi orang sedemikian ialah mereka akan dipandang hina bukan sahaja orang rakan-rakan mereka bahkan masyarakat sekeliling....

Kita sebagai pelajar tidak salah untuk berpolitik.......tetapi berpada-padalah dengan keadaan kita sekarang ini.......

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui apa yang berlaku........

P.S: Penulis tidak menyokong mana-mana artikel yang pro mahupun con........Beliau hanya ingin menyampaikan ilmu yang tak seberapa ini kepada rakan-rakan supaya dapat dijadikan iktibar.....Wallahua'lam........

Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook