Saturday, June 12, 2010

Majlis Perpisahan Ustaz Johari


Pada tanggal 31/5/2010 seorang lagi guru berpengalaman SM Tahfiz Al-Quran merangkap guru Bahasa Arab kami berangkat meninggalkan SMTAQ untuk ke sekolah baru iaitu di SMKA Sultan Muhammad. Perpindahan Guru Bahasa Arab Tinggi ini amat dirasai oleh semua warga SMTAQ termasuk kami. Namun atas urusan perkhidmatan dan kembara kerjaya maka kerelaan mengiringi guru ini berpindah. Dalam majlis ringkas sempena meraikan perpindahan beliau yang dianjurkan oleh kelab Guru SMTAQ, beliau dalam ucapannya amat berterima kasih kepada semua warga sekolah yang membantu beliau dalam mengemudikan Bahasa Arab di SMTAQ. Akhirkata dari warga SMTAQ buat Ustaz Johari, jangan lupa kami disini. Kami sentiasa mendoakan kecemerlangan buat Ustaz yang dikasihi..Amin

Ayat-Ayat Al-Quran

Warga Quranic Generation 93

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Temui kami di Facebook